Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my
  • Frog VLE

    Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

    Jadual Waktu VLE
  • Cuti Pertengahan Penggal 1

    Bermula pada 18 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017.

    Jangan lupa mengulangkaji pelajaran

Hari Kanak-Kanak 2012

Pada hari Isnin 15 Oktober 2012, telah diadakan Hari Kanak-Kanak 2012 peringkat sekolah. Ianya telah berlangsung dengan cukup meriah dengan persembahan murid-murid yang sangat menghiburkan. Ada antara ibubapa yang sudi menghadiri majlis berkenaan. Dipaparkan beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini.







Lagi gambar KLIK SINI.

Karnival 916

Pada tarikh 16 September 2012, telah berlangsungnya karnival yang dianjurkan bersama oleh Sin Chew Daily dan 2 buah sekolah, iaitu sekolah ini, dan SJK(C) Pasir Pinji 2. Karnival telah berlangsung dengan meriah sekali. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Terima kasih buat semua penyumbang-penyumbang hadiah, perderma-penderma dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang karnival itu berlangsung. Di harap acara sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Tahniah juga kepada semua pengunjung bertuah yang telah mendapat Cabutan Bertuah. Di sini disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.











Lagi gambar KLIK  SINI.

Jadual UPSR 2012 (Draf)


Untuk rujukan bagi murid-murid Tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2012 tidak lama lagi, disertakan jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2012 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Salinan asal akan diserahkan pada setiap murid Tahun 6 setelah pihak sekolah mendapatkannya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara kelak.

KLIK SINI untuk muaturun.

Warga Pendidik & Staf Sokongan SJK(C) Pasir Pinji 1 (2012)


Lagi gambar KLIK SINI.

Warga Pendidik & Staf Sokongan SJK(C) Pasir Pinji 1 (2011)


Lagi gambar KLIK SINI.

Warga Pendidik & Staf Sokongan SJK(C) Pasir Pinji 1 (2010)


Lagi gambar KLIK SINI.

Latihan Kebakaran & Kecemasan Peringkat Sekolah Kali ke-2 Tahun 2012


Pada 19 Julai 2012 (Khamis) telah diadakan latihan kebakaran dan kecemasan peringkat sekolah. Loceng telah dibunyikan tepat jam 8.30 pagi secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua murid dan staf-staf yang lain.

Murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang besar sekolah. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal.


Antara objektif diadakan latihan kebakaran dan kecemasan adalah:

  • Untuk mendedahkan dan membiasakan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
  • Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini penghuni yang terancam dengan bahaya dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
  • Menyediakan jalan keluar dan tangga keselamatan supaya dapat digunakan dengan kaedah yang dirancangkan.
  • Menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alatan keselamatan yang disediakan.
  • Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi warga sekolah keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.
Disertakan beberapa keping gambar semasa latihan kebakaran itu.








Lagi gambar KLIK SINI.

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012


Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan serentak pada 10 Julai 2012 jam 8.00  pagi di seluruh Malaysia, dengan perasmiannya telah berlangsung di Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15 Subang Jaya, Selangor oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin. Pada peringkat sekolah, ianya telah berlangsung di Dewan Serbaguna SJK(C) Pasir Pinji 1. Ia dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng dan seterusnya senamrobik yang telah dijalankan selama 35 minit. Kesemua murid dan guru yang menyertai acara ini nampak ceria walaupun penat setelah habis senamrobik itu. Berikut disertakan beberapa keeping gambar semasa senamrobik itu dijalankan.







Lagi gambar KLIK SINI.

Kejohanan Balapan & Padang Tahun 2012

Pada 7 Julai yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Tahunan bagi tahun 2012. 

Acara ini telah dirasmikan dengan meriahnya oleh Lembaga Pengurus Sekolah, En. Yap Kien Seng. Acara pada hari itu dimulakan dengan perbarisan murid sekolah, dan seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Sebanyak 23 acara sukan yang dipertandingkan. Setelah habis semua acara, acara khas telah diadakan untuk wakil-wakil PIBG.

Kejohanan Olahraga & Balapan ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepda rumah sukan yang menjadi Johan, Olahragawan & Olahragawati sekolah serta hiasan tercantik khemas. Ucapan perasmian penutup telah dilakukan oleh Pengerusi PIBG, En. Lee Chee Hoh A.M.P. serta laungan Hip Hip Hoore bagi menandakan berakhir temasya itu untuk kali ini.

Pada yang berjaya, diucapkan tahniah, juga pada yang kurang bernasib baik, cuba yang terbaik untuk temasya yang akan datang. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1.










Lagi gambar KLIK SINI.

Hari Ibubapa 2012

Pada 22 Jun 2012, telah diadakan Hari Ibubapa disekolah ini. Hari Ibubapa adalah hari penyerahan kad laporan prestasi murid bagi penggal pertama tahun ini. Objektif mengadakan Hari Ibubapa ini adalah bertujuan memberi gambaran kepada ibubapa tentang prestasi anak-anak mereka didalam kelas. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dengan penglibatan ibubapa serta penjaga yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga bagi menghadiri perjumpaan ini. Kami warga kerja SJK(C) Pasir Pinji 1 mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan puan kerana sudi hadir. Dibawah di lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.






Lagi gambar KLIK SINI.

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00