Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my
  • Frog VLE

    Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

    Jadual Waktu VLE
  • Cuti Pertengahan Penggal 1

    Bermula pada 18 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017.

    Jangan lupa mengulangkaji pelajaran

Keputusan UPSR 2013


Pada tahun 2013, seramai 36 orang calon yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Namun, hanya 50% pelajar yang lulus daripada jumlah tersebut. Walaupun begitu, sekolah kita merupakan penerima dua sijil penghargaan daripada PPD Kinta Utara iaitu PENINGKATAN CEMERLANG TERBAIK SJKC dan PENINGKATAN GPS (MELEBIHI 0.30).

Disenaraikan peratusan subjek yang lulus bagi ketujuh-tujuh subjek yang diambil:
SUBJEK
PERATUS %
LULUS SEMUA SUBJEK (KESELURUHAN)
50.0
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
63.9
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
66.7
BAHASA INGGERIS
52.8
MATEMATIK
94.4
BAHASA CINA (PEMAHAMAN)
94.4
BAHASA CINA (PENULISAN)
86.1
SAINS
91.7

Berikut adalah jumlah calon yang cemerlang :
7A = 6 orang
6A = 1 orang
5A = 2 orang
4A = 3 orang
3A = 4 orang
2A = 2 orang

6 orang murid yang mendapat 7A.
 Chang Jia Xian

 Emily Nik Teng Teng

 Gina Loke Lai Ying

 Liew Zi Wei

 Pay Vysion

Siti Aishah Bt Sohimi

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya. Bagi mereka yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Cuba menilai diri sendiri dan pertingkatkan lagi supaya cemerlang suatu hari nanti.

Malam Mesra SJK(C) Pasir Pinji 1 2013


Pada 10 November 2013, telah berlangsung satu majlis bagi meraikan seluruh warga pendidik SJK(C) Pasir Pinji 1 bersama Pihak Lembaga Sekolah & Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) yang dikenali sebagai Malam Mesra. Pada majlis itu juga, berlangsung serentak Majlis Perpisahan bagi murid-murid tahun 6 bagi sesi 2013. Pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan meriah. Para tetamu amat terhibur dengan persembahan-persembahan tarian yang dipersembahkan oleh muri-murid mengikut kelas masing-masing. Diharapkan, majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan antara Guru, Lembaga Pengelola dan PIBG.

Lagi gambar KLIK SINI.

Makluman : Keputusan UPSR 2013 diumum Khamis ini


Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan diumumkan Khamis ini, 14 November. 

Berdasarkan pekeliling kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri, 478,848 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. 

Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2013 secara sistem pesanan ringkas (SMS).

Warga Pendidik & Staf Sokongan SJK(C) Pasir Pinji 1 (2013)


Lagi gambar KLIK SINI.

Hebahan Maklumat Pendidikan Asas Vokasional Ambilan 2014 Bagi Pelajar UPSR 2013


SENARAI SEKOLAH DI NEGERI PERAK YANG MENAWARKAN PAV
PAV
BILANGAN MURID
SMK Trolak Selatan, Sungkai.
Automotif
30
SMK Dato Panglima Perang Kiri, Tapah Road.
Pendawaian Elektrik
30
SMK Kg. Datuk Ahmad Said, Ipoh
Automotif
30
SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong
Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
30
SMK Muzaffar Shah, Semanggol
Akuakultur
30
SMK Tapah, Tapah.
Seni Kecantikan
30
SMK Raja Muda Musa, Teluk Intan.
Pakaian dan Jahitan
30
SMK Simpang Beluru, Enggor.
Tanaman
30

Maklumat lanjut, sila KLIK SINI. Tarikh tutup permohonan adalah 8 Disember 2013.

Emel Rasmi SJK(C) Pasir Pinji 1 Yang Baharu


Salam 1 Malaysia,

Pemberitahuan:
Emel rasmi ini, abc2109@1bestarinet.yes.my akan diguna pakai berkuatkuasa serta merta seiring dengan kehendak projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjadikan Malaysia sebagai contoh negara cemerlang mengaplikasikan pendidikan internet bersepadu.

Sekian, terima kasih.

Takwim Sekolah Sesi 2014


Salam Sejahtera,

Takwim Sekolah bagi Sesi 2014 boleh dimuat-turun di sini.

Harap maklum.

Pertukaran Guru Penyelaras Bestari SJK(C) Pasir Pinji 1

Perkhabaran yang diterima oleh SJK(C) Pasir Pinji 1 bahawa Guru Penyelaras Bestari sekolah ini, iaitu En. Wong Chun Fatt telah mendapat arahan pertukaran ke SJK(C) Chung Tack berkuat kuasa mulai 1 September 2013.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 7 tahun beliau berada di sekolah ini.

Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat beliau untuk mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru. Serangkap pantun untuk beliau dari kami warga SJK(C) Pasir Pinji 1.

Bintang barat terbit petang,
Bintang timur terbit pagi:
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.


Nama : En. Wong Chun Fatt
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 3 Januari 2006
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 1 September 2013
Sekolah Baharu : SJK(C) Chung Tack (ABC2114)

Draf Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013

Untuk rujukan bagi murid-murid Tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2013 tidak lama lagi, disertakan jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2013 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Salinan asal akan diserahkan pada setiap murid Tahun 6 setelah pihak sekolah mendapatkannya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara kelak.

KLIK SINI untuk muat turun.

Kejohanan Balapan & Padang 2013

Pada 6 Julai yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Tahunan bagi tahun 2013. 

Acara pada hari itu dimulakan dengan perbarisan tabik hormat oleh murid sekolah kepada VIP-VIP jemputan, dan seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Acara ini telah dirasmikan dengan meriahnya oleh Wakil Lembaga Pengurus Sekolah, iaitu En. Kam Chee Keong. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan yang sukan merupakan satu cara bagi murid menunjukkan rasa kesungguhan untuk bersaing secara adil dan menunjukkan minat terhadap sukan. Selain itu, sukan yang dijalankan dapat membentuk kesihatan yang sihat, serta otak yang cerdas. Beliau juga berterima kasih kepada ibu bapa yang memberi sokongan moral kepada murid-murid sekolah ini bagi mengambil bahagian dalam semua acara yang di pertandingkan.

Berbagai acara yang dipersembahkan semasa acara perasmian tersebut. Antaranya adalah, persembahan Gendang Cina, Senamrobik beramai-ramai, Tarian Cowboy, dan Persembahan Gelung Rotan.

Sebanyak 27 acara sukan yang dipertandingkan. Setelah habis semua acara, acara khas telah diadakan untuk wakil-wakil PIBG.

Kejohanan Balapan & Padang ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepda rumah sukan yang menjadi Johan, Olahragawan & Olahragawati sekolah serta hiasan khemah tercantik. Ucapan perasmian penutup telah dilakukan oleh Pengerusi PIBG, En. Yee Soon Ghee serta laungan Hip Hip Hoore bagi menandakan berakhir temasya itu untuk kali ini.

Johan - Rumah Kuning - 144 Mata
Naib Johan - Rumah Biru - 142 Mata
Tempat Ke-3 - Rumah Merah - 134 Mata
Tempat Ke-4 - Rumah Hijau - 122 Mata
Hiasan Khemah Rumah Tercantik - Rumah Hijau

Pada yang berjaya, diucapkan tahniah, juga pada yang kurang bernasib baik, cuba yang terbaik untuk temasya yang akan datang. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1.








p/s : Banyak gambar akan di upload nanti. Setia menanti di Facebook Rasmi SJK(C) Pasir Pinji 1.

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00