Sumbangan 9 Buah Buku Kepada Sekolah
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ipoh Golf Lovers Charity Club di atas sumbangan 3 buah Kamus Perdana Edisi Ketiga, 3 buah buku Xian Dai Hanyu Guifan Cidian, dan 3 buah buku An Advanced Learner’s English – Chines Dictionary.
Dengan sumbangan yang diberikan, bolehlah para guru dan murid menggunakannya sebagai sumber bahan rujukan pada masa-masa akan datang.
Selamat Datang Murid-Murid Tahun 1 & Prasekolah 2014
Tahniah dan syabas kepada murid tahun 1 & prasekolah kerana anda telah dipilih menjadi warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mulai sesi persekolahan 2014. Warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada mereka yang telah mendaftar di Hari Orientasi Tahun 1 & Prasekolah bagi tahun 2014 pada 31 Disember 2013 (Selasa) yang lalu. Semoga anda semua berjaya mengharungi liku-liku perjalanan di alam persekolahan ini nanti.
Disertakan beberapa keping gambar semasa hari orientasi tempoh hari.
Lagi gambar KLIK SINI.
Pertukaran Guru Keluar Sesi Januari 2014
Perkhabaran yang diterima oleh SJK(C) Pasir Pinji 1 bahawa Guru Bahasa Melayu sekolah ini, iaitu Cikgu A’fifah telah mendapat arahan pertukaran ke Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya berkuat kuasa mulai 2 Januari 2014.
Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang setahun beliau berada di sekolah ini.
Berikut adalah serba sedikit maklumat Cikgu A’fifah.
Nama : Cik A’fifah Binti Abdullah
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 2 Januari 2013
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 2 Januari 2014
Sekolah Baru : SK Seri Kelebang (ABA2073)
Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat beliau untuk mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru. Serangkap pantun untuk beliau dari kami warga SJK(C) Pasir Pinji 1.
Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji di celah daun;
Budi cikgu kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Pertukaran Guru Masuk Sesi Januari 2014
SJK(C) Pasir Pinji 1 ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada guru yang baru melaporkan diri di sekolah ini iaitu, Pn. Ng Yuen Wan dan Pn. Toy Wan Yoke. Kami, seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah ini. Semoga mereka dapat menjalankan tugas di tempat baru ini dengan sebaiknya. Berikut serba sedikit maklumat guru-guru berkenaan.
Nama : Pn. Ng Yuen Wan
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 1 Januari 2014
Sekolah Lama : SJK(C) Papan (ABC2129)
Nama : Pn. Toy Wan Yoke
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 2 Januari 2014
Sekolah Lama : SJK(C) Kg. Tawas (ABC2121)
Hebahan : Keputusan PMR 2013 diumum 19 Disember 2013
KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Disember hingga 11.59 malam, 25 Disember," menurut kenyataan itu.
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama
Murid-Murid Tahun Enam 2013
Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, anda sudah berada pada penghujung tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu Tahun Enam. Sebahagiannya bermula dari peringkat Prasekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam. Daripada anda semua tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah anda dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki. Maka, hari ini merupakan hari terakhir anda menuntut ilmu di SJK(C) Pasir Pinji 1.
Pasti ada diantara anda semua yang begitu hiba untuk berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh anda. Namun demikian, apalah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.
Pada kesempatan ini juga, kami warga sekolah menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan. Dan selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah.
Semoga anda semua akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa anda serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.
![]() |
| Klik gambar untuk besarkan. |
Keputusan UPSR 2013
Pada tahun 2013, seramai 36 orang calon yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Namun, hanya 50% pelajar yang lulus daripada jumlah tersebut. Walaupun begitu, sekolah kita merupakan penerima dua sijil penghargaan daripada PPD Kinta Utara iaitu PENINGKATAN CEMERLANG TERBAIK SJKC dan PENINGKATAN GPS (MELEBIHI 0.30).
Disenaraikan peratusan subjek yang lulus bagi ketujuh-tujuh subjek yang diambil:
SUBJEK
|
PERATUS %
|
LULUS SEMUA SUBJEK (KESELURUHAN)
|
50.0
|
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
|
63.9
|
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
|
66.7
|
BAHASA INGGERIS
|
52.8
|
MATEMATIK
|
94.4
|
BAHASA CINA (PEMAHAMAN)
|
94.4
|
BAHASA CINA (PENULISAN)
|
86.1
|
SAINS
|
91.7
|
Berikut adalah jumlah calon yang cemerlang :
7A = 6 orang
6A = 1 orang
5A = 2 orang
4A = 3 orang
3A = 4 orang
2A = 2 orang
Chang Jia Xian
Emily Nik
Teng Teng
Gina Loke
Lai Ying
Liew Zi Wei
Pay Vysion
Siti Aishah
Bt Sohimi
Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya. Bagi mereka yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Cuba menilai diri sendiri dan pertingkatkan lagi supaya cemerlang suatu hari nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

























