Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my
  • Frog VLE

    Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

    Jadual Waktu VLE
  • Cuti Pertengahan Penggal 1

    Bermula pada 18 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017.

    Jangan lupa mengulangkaji pelajaran

Kedudukan Terkini Rumah-Rumah Sukan Tahun 2014


Berikut adalah kedudukan terkini rumah-rumah sukan yang bertanding bagi kejohanan tahun ini. Mata-mata yang dikumpulkan adalah acara-acara awal yang telah berlangsung. Teruskan sokongan kepada rumah masing-masing.

KEDUDUKAN
RUMAH
MATA
1
MERAH
147
2
HIJAU
131
3
BIRU
118
4
KUNING
103

Acara kemuncak akan berlangsung pada 28 Jun 2014 (Sabtu) di Padang SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh mulai jam 8:00 pagi. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Info Kejohanan KLIK SINI.

*Dikemaskini pada 22 Julai 2014.

Persembahan Murid Prasekolah Pada Sambutan Hari Guru 2014

Para tetamu yang terdiri daripada ibubapa, AJK PIBG dan Lembaga Pengurus sekolah sangat terhibur dengan keletah murid-murid prasekolah membuat persembahan semasa sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2014 yang lalu. Tahniah kepada guru prasekolah, Pn. Teoh Gek Tiang dan Pembantu Pengurusan Murid, Pn. Hasliza di atas persembahan yang menakjubkan daripada anak-anak didik mereka. Saksikan persembahan mereka di bawah ini.



Tahniah! Program Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC) Di Bandaraya Fukuoka, Jepun


Sukacita dimaklumkan bahawa warga sekolah SJK(C) Pasir Pinji 1 ingin merakamkan ucapan tahniah kepada salah seorang murid kita, iaitu Woo Yu Hang kerana telah berjaya di pilih mengikuti Program Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC) yang akan berlangsung pada 10/07/2014 hingga 24/07/2014 di Bandaraya Fukuoka, Jepun.

Diharap, dengan pemilihan beliau dapat menjadi pemangkin semangat bagi murid-murid lain memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Cenderahati daripada Pengerusi Lembaga Pengelola, En. Yap Kien Seng yang telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng.

Penerangan Lencana Sekolah

Penerangan tentang Lencana Sekolah telah dilakukan semasa perhimpunan mingguan, 21 April 2014 yang lalu. Lencana Sekolah adalah melambangkan identititi sekolah. Lencana ini telah direka sebegitu rupa kerana menunujukkan kepentingan dalam semua bidang pendidikan. Untuk pengetahuan semua, Lencana Sekolah ini telah pun digunakan sejak tahun 1980 lagi. Berikut adalah intipati penerangan tentang Lencana Sekolah yang telah disampaikan oleh Pn. Toy Wan Yoke.

Warna dalam Lencana Sekolah ini:
1. Putih melambangkan insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
2. Hijau melambangkan harmoni atau seimbang.
3. Kuning melambangkan kesungguhan dan nilai-nilai murni.
4. Biru melambangkan profesionalisma dalam pendidikan.
5. Merah melambangkan tuah dan kecemerlangan.

Lambang Yang Digunakan:
1. Obor dan Bulatan Bulan – Membawa pengertian kecerahan.
2. Buku – Membawa pengertian pengetahuan.
3. Segi Hijau – Membawa pengertian keselamatan dan keamanan.



Hebahan : Keputusan SPM 2013



Sila hebahkan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. Semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang.

Latihan Kebakaran & Kecemasan Peringkat Sekolah Kali Pertama Tahun 2014

Pada 14 Mac 2014 (Jumaat) telah diadakan latihan kebakaran dan kecemasan peringkat sekolah. Loceng telah dibunyikan tepat jam 8.30 pagi secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua murid dan staf-staf yang lain.

Murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Masa yang diambil oleh semua murid dan staf untuk berkumpul di padang itu adalah dibawah masa 2 minit. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal.

Antara objektif diadakan latihan kebakaran dan kecemasan adalah:
Untuk mendedahkan dan membiasakan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini penghuni yang terancam dengan bahaya dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
Menyediakan jalan keluar dan tangga keselamatan supaya dapat digunakan dengan kaedah yang dirancangkan.
Menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alatan keselamatan yang disediakan.
Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi warga sekolah keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.

Disertakan beberapa keping gambar semasa latihan kebakaran itu.




















Permohonan Penempatan Ke SJK(C) Pasir Pinji 1


PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH
TAHUN 1 & PRASEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 & 2016 SJK(C) PASIR PINJI 1


Jadual Permohonan Tahun Lahir
:
2008 hingga 2010
Tarikh Permohonan
:
1 hingga 31 Mac 2014
Hari
:
Hari Bekerja
(Isnin - Jumaat, kecuali Cuti Umum)
Masa
:
Waktu Pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang)

Hebahan : Tarikh UPSR 2014


Dengan ini diumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2014 (UPSR 2014) telah ditetapkan pada :

9 hingga 11 September 2014
(Selasa hingga Khamis)

Jadual Peperiksaan akan diedarkan kepada semua murid tahun 6 setelah pihak sekolah menerima jadual tersebut. Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut, 03-8884 3382.

*Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan dari Lembaga Peperiksaan.

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat SJK(C) Pasir Pinji 1 Tahun 2014

Sambutan tersebut telah diadakan pada 29 Januari 2014 (Rabu) yang lalu. Tepat jam 11.00 pagi, murid-murid telah berkumpul di Dewan Serbaguna menanti kedatangan tetamu-tetamu jemputan. Suasana pada pagi tersebut amat meriah dengan para guru mengenakan pakaian tradisional Tahun Baru Cina. Untuk makluman para pengunjung Blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini, pada tahun ini, bermulalah Tahun Kuda bagi masyarakat Cina. Dalam kepercayaan masyarakat Cina, Kuda adalah simbol kebangsawanan, kecepatan, ketangkasan, dan ketekunan. Manakala, orang yang lahir pada tahun ini, dikatakan merupakan seorang yang pintar, bertutur kata luar biasa dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu.

Berikut disertakan gambar semasa sambutan itu berlangsung. Sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang. SELAMAT TAHUN BARU CINA dari kami warga SJK(C) PASIR PINJI 1.






Lagi gambar KLIK SINI.

Video semasa sambutan tersebut.
Tarian Naga Menyambut Ketibaan VIP CNY2014
Tarian Naga Semasa Majlis Pembukaan CNY2014
Persembahan Prasekolah CNY2014
Persembahan Murid CNY2014
Nyanyian Lagu Selamat Tahun Baru Cina CNY2014
Mercun CNY2014

Mercun CNY2014



Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00