Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my
  • Frog VLE

    Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

    Jadual Waktu VLE
  • Cuti Pertengahan Penggal 1

    Bermula pada 18 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017.

    Jangan lupa mengulangkaji pelajaran

Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2016

Sambutan tersebut telah diadakan pada 5 Februari 2016 (Jumaat) yang lalu. Acara bagi murid dan guru bermula pada sebelah pagi dengan segala aktiviti yang menarik telah diatur oleh para guru. Acara kemuncak pula dengan ketibaan pada tetamu bermula pada jam 11.00 pagi. Murid-murid telah berkumpul di Dewan Serbaguna menanti kedatangan tetamu-tetamu jemputan. Suasana pada pagi tersebut amat meriah dengan para guru mengenakan pakaian tradisional Tahun Baru Cina.

Untuk makluman para pengunjung Blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini, pada tahun ini, bermulalah Tahun Monyet bagi masyarakat Cina yang bermula pada 8 Februari 2016 dan berakhir 27 Januari 2017.
Menurut kepercayaan masyarakat Cina Mereka yang lahir pada tahun Monyet dipercayai mempunyai ciri-ciri seperti yang ceria, aktif, luar biasa, kreatif. 

Berikut disertakan gambar semasa sambutan itu berlangsung. Sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang. SELAMAT TAHUN BARU CINA dari kami warga SJK(C) PASIR PINJI 1.











Video semasa upacara membakar mercun.
Video semasa persembahan Murid Prasekolah.
Video semasa persembahan murid.

Guru Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1 Yang Baharu

Kami di SJK(C) Pasir Pinji 1 ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Pn. Fan. Beliau merupakan Guru Prasekolah yang baharu. Semoga dengan pertukaran ini, akan meningkatkan lagi usaha dan semangat kerjasama semua warga sekolah khususnya pada prasekolah ini sendiri.


Nama : Pn. Fan Sook Yeng.
Gred : PPP Gred DG41.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 21 Januari 2016.
Sekolah Lama : SJK(C) Chin Hua, Slim River (ABC0069)

Semoga beliau dapat menjalankan tugas disekolah ini dengan sebaiknya.

Pembantu Pengurusan Murid N17 Yang Baharu

Kami di SJK(C) Pasir Pinji 1 ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Pn. Kartini. Beliau merupakan Pembantu Pengurusan Murid sekolah ini yang baru. Semoga dengan pertukaran ini, akan meningkatkan lagi usaha dan semangat kerjasama semua warga sekolah khususnya pada prasekolah ini sendiri.


Nama : Pn. Kartini Binti Abdul Rahman.
Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid N17.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 15 Januari 2016.
Sekolah Lama : SK Pinji (ABA2064)

Beliau telah pun melapor diri pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, beliau akan bertugas secara rasmi pada 26 Januari 2016 setelah urusan di sekolah lama beliau disempurnakan. Semoga beliau dapat menjalankan tugas disekolah ini dengan sebaiknya.

Kangaroo Math Road Tour 2016




Kepada murid yang berminat untuk menyertai Pertandingan Kangaroo Mathematics Competiton (KMC) bolehlah datang ke sekolah dan terus berurusan dengan Guru Besar SJK(C) Pasir Pinji 1. Ibu bapa juga diharap dapat memberi sokongan dan galakkan kepada anak-anak sekolah ini untuk menyertai pertandingan ini.

Gambar-gambar semasa Kangaroo Math Road Tour 2016 di SJK(C) Pasir Pinji 1 klik sini.

Pertukaran Setara Pembantu Pengurusan Murid SJK(C) Pasir Pinji 1

Pihak sekolah telah mendapat berita mengenai pertukaran setara Pembantu Pengurusan Murid iaitu Pn. Hasliza. Beliau akan ditukarkan ke SK Pinji, Ipoh.

Pn. Hasliza telah berkhidmat di sekolah ini hampir 9 tahun dan merupakan PPM yang pertama di sekolah ini. Terlalu banyak kenangan suka duka beliau sepanjang 9 tahun di sekolah ini. Pada pandangan kami, beliau merupakan PPM yang sangat berpengalaman. Tidak lokek idea dan sentiasa berkongsi dengan staf yang lain. Ketiadaan beliau nanti, pasti amat dirasai oleh kami.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 9 tahun beliau berada di sekolah ini. Semoga dengan perpindahan ini akan memberi inspirasi kepada beliau untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Selamat bertugas di tempat baru.


Nama : Pn. Hasliza Binti Ramli
Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid (N17)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 19 Mac 2007
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 15 Januari 2016
Sekolah Baru : Sekolah Kebangsaan Pinji, Ipoh (ABA2064)

Pesanan ikhlas dari kami untuk beliau.

“Sebelum ini mungkin orang-orang disekeliling tempat lama kita bekerja, tingkah laku dan pemikiran mereka boleh dikatakan hampir sama dengan kita. Tetapi apabila kita bertukar ke tempat yang baru, suasana orang-orang disekeliling kita dan rutin harian kita akan berubah sama sekali. Apapun kita hendaklah berpikiran positif dalam menyesuaikan diri dan meneruskan kehidupan.”


提升硬体设备 设立两间精明课室、装修食堂 彬如一校迎新生

巴沙彬如一校日前举行一年级和学前教育班迎新日,家长们扶老携幼,踊跃出席。
彬如一校硬体设备齐全,黄连冰综合馆的建设让孩子们进行活动时不再害怕日晒雨淋,雨季来临时,家长的车辆可以驶入综合馆接送孩子,既方便又安全。日前,董事部更耗资巨款,设立两间精明课室、装修食堂,让学习环境更完善。孩子是国家未来的主人翁,校方非常感激家长们明智地为孩子们选择在彬如一校就读为孩子学习道路上的新里程碑。本校家教协会也特别在迎新日当天为孩子们准备一份见面礼,让孩子们感受校方的关爱。


黄万安
董事会财政黄万安先生透露董事会近期花费了一笔庞大的款项来提升和装修食堂,希望孩子们能在一个安全、卫生又舒适的环境下进餐。
董事部更不惜耗资三万多令吉安装了两间精明课室,今后,小朋友们将有更多的机会以更活泼、生动的学习方式上课,步上二十一世纪的教学步伐。
董事部承诺将逐步增加现有的精明课室,让所有的课室精明化。校方也计划提升校门口,让小朋友们放学后能有一个舒适的等候空间。
惟有老师、家教协会、董事会紧密合作,共同栽培在课业上表现优秀的人才,也同时懂得在生活中实践礼、义、廉、耻等美德的国家栋梁。

黄菊芳
家教协会主席黄菊芳女士致词中提到家教协会是家长与学校之间沟通的一道桥梁,在教育孩子的问题上,家长们应和校方保持紧密的联系,惟有家庭教育和学校教育互相配合,才能达到教育孩子的目的。希望小朋友们在本校快乐学习及成长,成为知书识礼的国家栋梁。

萧志远
新上任校长是从玲珑拉挽启民华小调回怡保掌校,初来报到时学校正好进行提升工程,校长非常感谢董事会和家教协会所做出的贡献,并认为是我国华裔同胞饮水思源的优良传统。华校是我们的根;华文是我们的灵魂,并呼吁各界热心人士多多支持彬如1校的发展。校长希望家长们能多参与校方所举办的各种活动,同时尽量与校方配合沟通,共同努力把孩子教育好。
校长报告指出新新学年开始共有25名学前班和23名1年级新生报读。此外,师资方面也足够。明年1至6年级将根据KSSR新课程教学。






Penolong Kanan Kokurikulum Baharu Tahun 2016

SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu sekolah ini iaitu, Pn. Huah. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SJK(C) Hwa Min.

Kami mengalu-alukan kedatangan guru. Semoga beliau dapat menjalankan tugas disekolah ini dengan sebaiknya. Serba sedikit maklumat mengenai Pn. Huah.



Nama : Pn. Huah Hoon Yen.
Gred : PPP Gred DG32.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 16 Disember 2015.
Sekolah Lama : SJK(C) Hwa Min, Temoh (ABC0051)

Pertukaran Setara Guru Penolong Kanan


Warga sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pn. Chow dan Pn. Ivy di atas kenaikan pangkat masing-masing sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkuatkuasa 16 Disember 2015. Mereka juga masih dikekalkan disekolah ini.

Kami warga kerja sekolah ini amat mengharapkan agar mereka akan membantu bagi menaikkan lagi mutu akademik ke tahap yang membanggakan. Selamat bertugas diucapkan. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.


Nama : Pn. Chow Choy Luen.
Gred : PPP Gred DG41.
Jawatan Terdahulu : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Jawatan Sekarang : Penolong Kanan Pentadbiran.
Tarikh Kuatkuasa Kenaikan Pangkat : 16 Disember 2015.


Nama : Pn. Ivy Chew.
Gred : PPP Gred DG32.
Jawatan Terdahulu : Penolong Kanan Kokurikulum.
Jawatan Sekarang : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Tarikh Kuatkuasa Kenaikan Pangkat : 16 Disember 2015.

Guru Agama Baharu SJK(C) Pasir Pinji 1


SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Guru Agama yang baharu sekolah ini iaitu, En. Muhammad Salleh. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Agama di SK Kuala Pari.

Kami mengalu-alukan kedatangan Ustaz. Semoga beliau dapat menjalankan tugas disekolah ini dengan sebaiknya. Serba sedikit maklumat mengenai Ustaz.

Nama : En. Muhammad Salleh Bin Shihabuddin.
Gred : PPP Gred DG42.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 1 Disember 2015.
Sekolah Lama : SK Kuala Pari, Menglembu (ABA2015)

Jadual Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Perak Tahun 2016


HARI KELEPASAN AM
HARI
TARIKH
Tahun Baharu 2016
Jumaat
1 Januari
Hari Thaipusam
Ahad
24 Januari
Tahun Baru Cina
Isnin
8 Februari
Tahun Baru Cina
Selasa
9 Februari
Hari Pekerja
Ahad
1 Mei
Hari Wesak
Sabtu
21 Mei
Keputeraan YDP Agong
Sabtu
4 Jun
Nuzul Al-Quran
Rabu
22 Jun
Hari Raya Puasa/ Aidilfitri
Rabu
6 Julai
Hari Raya Puasa/ Aidilfitri (Hari Kedua)
Khamis
7 Julai
Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan
Rabu
31 Ogos
Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha
Isnin
12 September
Hari Malaysia
Jumaat
16 September
Awal Muharram (Maal Hijrah)
Ahad
2 Oktober
Hari Deepavali
Sabtu
29 Oktober
Keputeraan Sultan Perak
Ahad
27 November
Maulidur Rasul
Isnin
12 Disember
Hari Krismas
Ahad
25 Disember

Catatan :

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain

Nota: Tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa dan jika terdapat perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera.

*Takwim Cuti Sekolah Tahun 2016 KLIK SINI.

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00