Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my
  • Frog VLE

    Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

    Jadual Waktu VLE
  • Cuti Pertengahan Penggal 1

    Bermula pada 18 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017.

    Jangan lupa mengulangkaji pelajaran

Latihan Kebakaran & Kecemasan Peringkat Sekolah

Pada 15 Februari 2012 (Rabu) telah diadakan latihan kebakaran dan kecemasan peringkat sekolah. Loceng telah dibunyikan tepat jam 8.20 pagi secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua murid dan staf-staf yang lain.

Murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang besar sekolah. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal.

Antara objektif diadakan latihan kebakaran dan kecemasan adalah:
  • Untuk mendedahkan dan membiasakan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
  • Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini penghuni yang terancam dengan bahaya dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
  • Menyediakan jalan keluar dan tangga keselamatan supaya dapat digunakan dengan kaedah yang dirancangkan.
  • Menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alatan keselamatan yang disediakan.
  • Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi warga sekolah keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.

Berikut disertakan beberapa keping gambar semasa latihan tersebut.
 



 
Lagi gambar KLIK SINI.

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat SJK(C) Pasir Pinji 1

Sambutan tersebut telah diadakan pada 20 Januari 2012 (Jumaat) yang lalu. Tepat jam 11.00 pagi, murid-murid telah berkumpul di Dewan Serbaguna menanti kedatangan tetamu-tetamu jemputan. Suasana pada pagi tersebut amat meriah dengan para guru mengenakan pakaian tradisional Tahun Baru Cina. Untuk makluman para pengunjung Blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini, pada tahun ini, bermulalah Tahun Naga bagi masyarakat Cina. Ada juga kepercayaan dalam masyarakat Cina ini, Tahun Naga paling digemari oleh ibubapa untuk melahirkan anak.

Berikut disertakan gambar semasa sambutan itu berlangsung. Sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang. SELAMAT TAHUN BARU CINA dari kami warga SJK(C) PASIR PINJI 1.





Lagi gambar KLIK SINI.

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012


Untuk muaturun jadual ini, KLIK SINI.



Takwim Penggal Persekolahan 2012


Untuk muaturun takwim ini, KLIK SINI.

Hari Orientasi Murid Pra Sekolah & Murid Tahun 1


Program berkenaan telah dijalankan pada hari Jumaat, 30 Disember 2011 yang lalu. Program ini dijalankan dengan matlamat untuk memudahkan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru disamping memperkenalkan sekolah kepada murid-murid tahun satu dan prasekolah. Setinggi penghargaan kepada semua guru yang telah membantu menjayakan program ini bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.



Lagi gambar Klik Sini

Majlis Persaraan Guru & Perpisahan Murid Tahun 6 Kali Ke-59

Pada 15 November 2011, telah diadakan majlis sempena persaraan 2 orang guru, iaitu Pn. Ramlah Bt. Nordin dan Cik Ho Swee Ping, serta Majlis Perpisahan Murid-Murid Tahun 6 bagi tahun ini buat kali yang ke-59. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan Majlis Persaraan bagi kedua-dua orang guru tersebut dan kemudiannya Majlis Perpisahan buat murid-murid Tahun 6.

Buat kedua-dua orang guru tersebut, Selamat Bersara kami ucapkan dari seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1. Kepada murid-murid Tahun 6 pula, selamat menempuh alam persekolahan di sekolah menengah pada tahun hadapan. Semoga terus berjaya.



Lagi gambar KLIK SINI.

Video Persaraan Pn. Ramlah Bt. Nordin

Sambutan Hari Kanak-Kanak SJK(C) Pasir Pinji 1 2011

Pada hari Jumaat, 28 Oktober 2011 yang lalu, telah berlangsung Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah disini. Ianya berlangsung dengan begitu meriah sekali. Banyak sumbangan yang telah disumbangkan oleh para dermawan dan juga ibubapa murid di sekolah ini. Pada hari itu juga, turut di adakan Majlis Anugerah Cemerlang buat murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun. Begitu juga dengan murid-murid yang telah menunjukkan peningkatan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum, mereka telah diberi penghargaan pada hari tersebut.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Anggota-Anggota Lembaga Pengurus sekolah ini.


Lagi gambar KLIK SINI.

Sambutan Hari Kanak-Kanak SJK(C) Pasir Pinji 1

Persembahan Murid Pada Hari Kanak-Kanak

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00