Sambutan Tahun Baru Cina 2013
Sambutan tersebut telah diadakan pada 8 Februari 2013 (Jumaat) yang lalu. Tepat jam 7.00 pagi, murid-murid telah berkumpul di Dewan Serbaguna menanti kedatangan tetamu-tetamu jemputan. Suasana pada pagi tersebut amat meriah dengan para guru mengenakan pakaian tradisional Tahun Baru Cina. Untuk makluman para pengunjung Blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini, pada tahun ini, bermulalah Tahun Ular bagi masyarakat Cina.
Sedikit info mengenai Tahun Ular.
2013 merupakan Tahun Ular mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Pakar Feng Shui meramalkan warna bertuah pada tahun 2013 adalah warna biru, hijau dan ungu.
Menurut Prof Joe Choo dalam mStar Online, industri berada dalam keadaan baik pada tahun 2013 iaitu Tahun Ular, terhadap orang-orang yang berkaitan dengan unsur-unsur air, kayu dan logam, termasuk bidang insurans dan kewangan, kewartawanan dan pendidikan, logam dan perniagaan yang berkaitan dengan mineral. Tarikh bertuah untuk majlis perkahwinan, memulakan perniagaan atau untuk melahirkan bayi, ialah pada 11 Februari, 12 April, 10 Ogos, 9 Oktober dan 8 Disember.
Bagi individu yang lahir Tahun Ular iaitu tahun 1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001 dan 2013 akan menjadi lebih baik dalam percintaan dan pekerjaannya pada Tahun 2013 berbanding tahun-tahun lain. Dalam bidang akademik, individu akan lebih menonjol daripada yang lain asalkan individu tersebut fokus terhadap apa yang dipelajari. Individu akan dapat banyak kenalan baru dan hubungan dengan rakan-rakan akan bertambah rapat.
Individu yang lahir pada tahun ular mempunyai personaliti yang menarik, licik, cerdas, berfikir secara mendalam, bijaksana, lemah lembut, mudah menangis, berani, belas kasihan dan berwaspada. Sifat negatif pula adalah cemas, malas, berahsia dan cerewet.
Berikut disertakan gambar semasa sambutan itu berlangsung. Sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang. SELAMAT TAHUN BARU CINA dari kami warga SJK(C) PASIR PINJI 1.
Lagi gambar KLIK SINI.
Pay Vysion Johan Kejohanan Tenis 2013
Tahniah kepada salah seorang murid sekolah kita iaitu, Pay Vysion kerana telah menjadi Johan dalam acara Tenis Peringkat Negeri Perak (Perempuan Bawah 12 Tahun). Kejohanan Tenis itu telah berlangsung pada 1 hingga 4 Februari bertempat di Kompleks Sukan Dewan Bandaraya Ipoh yang lalu. Beliau akan mewakili Negeri Perak di Kejohanan Tenis Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Sarawak Mac nanti. Semoga beliau akan terus cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama SJK(C) Pasir Pinji 1 disana nanti.
Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan kita bersama.
Guru Baharu SJK(C) Pasir Pinji 1
SJK(C) Pasir Pinji 1 ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada guru-guru yang baru melapor di sekolah ini iaitu, Cik Norhameza Binti Ab Talib & Cik A'fifah Binti Abdullah. Cik Norhameza merupakan Guru J-QAF dan Cik A’fifah merupakan guru interim di sekolah ini. Berikut disertakan maklumat ringkas guru berkenaan.
Nama : Cik Norhameza Binti Ab Talib
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 2 Januari 2013
Jawatan : Guru J-QAF
Nama : Cik A'fifah Binti Abdullah
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 2 Januari 2013
Jawatan : Guru Interim
Kami, seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mengalu-alukan kedatangan guru baru ini. Semoga mereka berdua dapat menjalankan tugas disekolah ini dengan sebaiknya.
Pertukaran Guru Masuk
SJK(C) Pasir Pinji 1 ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada guru-guru yang baru melaporkan diri di sekolah ini iaitu, Pn. Goh Kim Noi, Pn. Loong Siaw Wei, dan Pn. Tan Ngah Sie. Kami, seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru ini ke sekolah ini. Semoga mereka bertiga dapat menjalankan tugas di tempat baru ini dengan sebaiknya. Berikut serba sedikit maklumat guru-guru berkenaan.
Nama : Pn. Goh Kim Noi
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 1 Disember 2012
Sekolah Lama : SJK(C) St. Michael & All Angles (ABC2120)
Nama : Pn. Loong Siaw Wei
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 1 Januari 2013
Sekolah Lama : SJK(C) Naam Kheung (WBC0131)
Nama : Tan Ngah Sie
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 1 Januari 2013
Sekolah Lama : SJK(C) Kampong Timah (ABC2141)
Pertukaran Keluar Guru SJK(C) Pasir Pinji 1
Seramai 4 orang guru telah bertukar ke sekolah lain. Guru –guru tersebut adalah Pn. Chau Suet Ling, Pn. Wai Yit Siew, Pn. Yee Poi Ghee dan Pn. Chan Yen Li. Kami warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas jasa dan sumbangan yang bermakna kepada sekolah ini. Di harap mereka akan terus cemerlang di sekolah baru itu nanti. Berikut adalah serba sedikit maklumat peribadi guru-guru berkenaan.
Nama : Pn. Chau Suet Ling
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 16 Jun 2006
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 1 Disember 2012
Sekolah Baru : SJK(C) Lahat (ABC2128)
Nama : Pn. Wai Yit Siew
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 1 Januari 2012
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 1 Disember 2012
Sekolah Baru : SJK(C) Sam Tet (ABC2102)
Nama : Pn. Chan Yen Li
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 2 Januari 2008
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 16 Disember 2012
Sekolah Baru : SJK(C) Ave Maria Convent (ABC2103)
Nama : Pn. Yee Poi Ghee
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 1 Januari 2012
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 1 Disember 2012
Sekolah Baru : SJK(C) Wan Hwa 1 (ABC2112)
Keputusan UPSR 2012
Pada tahun 2012, seramai 52 orang calon yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sebanyak 40.38% daripada jumlah calon yang menduduki peperiksaan tersebut telah lulus. Berikut adalah jumlah calon yang cemerlang :
7A = 2 orang
6A = 1 orang
5A = 4 orang
4A = 5 orang
3A = 2 orang
2A = 4 orang
Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya. Bagi mereka yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Cuba menilai diri sendiri dan pertingkatkan lagi supaya cemerlang suatu hari nanti.
PERATUS KELULUSAN MATAPELAJARAN UPSR 2012
MATAPELAJARAN
|
% PERATUS
|
LULUS SEMUA SUBJEK (KESELURUHAN)
|
40.38
|
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
|
48.10
|
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
|
61.50
|
BAHASA INGGERIS
|
57.70
|
MATEMATIK
|
88.20
|
BAHASA CINA (PEMAHAMAN)
|
82.40
|
BAHASA CINA (PENULISAN)
|
84.30
|
SAINS
|
86.50
|
Pelajar Cemerlang SJK(C) Pasir Pinji 1 yang mendapat keputusan 7A. Sebelah kiri, Jason Wong Wai Kin dan sebelah kanan adalah Seet Zhi Nie. Tahniah kepada mereka berdua.
Berita keputusan UPSR 2012 SJK(C) Pasir Pinji di akhbar Sin Chew Daily pada 20 November 2012.
Majlis Perpisahan Ke-60
Pada 5 November 2012, telah diadakan Majlis Perpisahan Murid-Murid Tahun 6 bagi tahun ini buat kali yang ke-60 dan Majlis Konvokesyen murid-murid Prasekolah SJK(C) Pasir Pinji 1. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan persembahan murid prasekolah dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Lembaga Pengurus Sekolah, En. Yap Kien Seng, Pengerusi PIBG sekolah, En. Lee Che Hoh AMP, dan di akhiri oleh ucapan Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng.
Setelah itu, acara penyampaian sijil, anugerah dan hadiah telah berlangsung. Tahniah kepada murid-murid yang cemerlang pada tahun ini. Acara itu telah diteruskan dengan persembahan murid-murid Tahun 6, dan diakhiri dengan sesi bersalaman murid-murid Tahun 6 dengan guru-guru serta wakil Lembaga Pengurus dan PIBG.
Kepada murid-murid Tahun 6 2012, selamat menempuh alam persekolahan di sekolah menengah pada tahun hadapan. Semoga terus berjaya. Disertakan beberapa keping gambar semasa majlis itu berlangsung.
Lagi gambar KLIK SINI.
Hari Kanak-Kanak 2012
Pada hari Isnin 15 Oktober 2012, telah diadakan Hari Kanak-Kanak 2012 peringkat sekolah. Ianya telah berlangsung dengan cukup meriah dengan persembahan murid-murid yang sangat menghiburkan. Ada antara ibubapa yang sudi menghadiri majlis berkenaan. Dipaparkan beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini.
Lagi gambar KLIK SINI.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my
































