Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my
  • Frog VLE

    Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

    Jadual Waktu VLE
  • Cuti Pertengahan Penggal 1

    Bermula pada 18 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017.

    Jangan lupa mengulangkaji pelajaran

Pertandingan Rekorder Ensemble Sekolah Rendah PPD Kinta Utara Tahun 2014


Pada 13 Ogos 2014 (Rabu), telah diadakan Pertandingan Rekorder Ensemble Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara Bagi Tahun 2014. SJK(C) Pasir Pinji 1 telah dilantik sebagai tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Pertandingan ini telah disertai oleh 5 buah sekolah iaitu, SJK(C) Sam Tet, SJK(C) Pei Cheng, SJK(C) Ave Maria Convent, SK Tasik Damai, dan SK Pengkalan.

Hakim bagi pertandingan ini adalah En. Mubin Bin Mohd Nor dari Institut Perguruan Ipoh, Pn. Nor Akma Bt. Mohd Razlan dari SMK Rapat Setia, Ipoh dan Pn. Ruslinda Bt. Zakaria dari SMK Perempuan Methodist, Ipoh

Objektif Pertandingan Rekorder Ensemble :
  1. Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar.
  2. Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
  3. Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar.
  4. Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.
  5. Memperkembangkan bakat pelajar dalam permainan alat muzik.


Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut.
JOHAN : SJK(C) Ave Maria Convent
NAIB JOHAN : SK Tasik Damai
TEMPAT KETIGA : SK Pengkalan

Video Persembahan (KLIK nama sekolah dibawah):
Terima kasih kepada Guru dari SK Pengkalan untuk video tersebut.

Beberapa keping gambar.


Persembahan dari SJK(C) Sam Tet
Persembahan dari SJK(C) Pei Cheng
Persembahan dari SK Tasik Damai
Persembahan dari SK Pengkalan
Persembahan dari SJK(C) Ave Maria Convent

Lagi gambar KLIK SINI. Bagi sekolah yang inginkan softcopy gambar dan video ini, minta hubungi pihak sekolah bagi memudahkan pihak kami untuk membuat salinan untuk anda.

Logo, Tema Dan Video Beserta Lirik Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57 2014


Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan, 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.

Ketika mengumumkan "Logo & Tema Merdeka Malaysia 2014" semasa majlis prapelancaran Hari Kemerdekaan pada 25 Jun 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemilihan tema daripada lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad itu dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara ke dalam jiwa rakyat.

"Saya percaya tema itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat,"

"Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang," katanya.

Logo Hari Kemerdekaan ke-57 direka oleh Abdul Mutalib Abd. Rahman, seorang pereka grafik disebuah syarikat swasta. Beliau membawa pulang RM7,000 beserta dengan sijil penghargaan.

Rasional Logo

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

Maksud Warna Logo

Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.



Lirik Lagu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Program Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC) 2014

Warga sekolah ini amat berbangga dengan pemilihan seorang murid iaitu, Woo Yu Hang kerana mengikuti Program Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC) yang sedang berlangsung pada 10/07/2014 hingga 24/07/2014 di Bandaraya Fukuoka, Jepun.

Dikongsi bersama gambar-gambar beliau sebelum dan semasa beliau mengikuti program tersebut.











Dibawah ini adalah persembahan tarian semasa Majlis Penyerahan Saguhati dan Raptai Penuh sempena Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik, di Fukuoka Jepun.


Draf Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014


Untuk rujukan bagi murid-murid Tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2014 tidak lama lagi, disertakan jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2014 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Salinan asal akan diserahkan pada setiap murid Tahun 6 setelah pihak sekolah mendapatkannya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara kelak.

HARI / TARIKH
WAKTU
KOD KERTAS
NAMA KERTAS
MASA
JENIS KERTAS
SELASA / 9 SEPTEMBER 2014
8:15 pagi – 9:05 pagi
021
Bahasa melayu Pemahaman (SJKC)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan
10:05 pagi - 11:20 pagi
022
Bahasa Melayu Penulisan (SJKC)
1 jam 15 minit
Subjektif
12:20 tengah hari - 01:00 petang
025/2
Mathematics Kertas 2 (SJKC)
40 minit
Subjektif
RABU 10 SEPTEMBER 2014
8.15 pagi - 9.15 pagi
025/1
Mathematics Kertas 1 (SJKC)
1 jam
Objektif Aneka Pilihan
10:30 pagi - 11:20 pagi
026
Bahasa Cina Pemahaman (SJKC)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan
12:15 tengah hari - 01:30 petang
027
Bahasa Cina Penulisan (SJKC)
1 jam 15 minit
Subjektif
KHAMIS 11 SEPTEMBER 2014
08:15 pagi - 09:30 pagi
028
Science (SJKC)
1 jam 15 minit
Objektif Aneka Pilihan dan Subjektif
10:30 pagi -11:20 pagi
024/1
Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKC)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan
12:20 tengah hari - 01:35 petang
024/2
Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKC)
1 jam 15 minit
Subjektif
02:45 petang - 04:15 petang
023
Ujian Aptitud Tahun Enam(SJKC)
1 jam 30 minit
Objektif Aneka Pilihan

KLIK SINI untuk muat turun.

Kejohanan Balapan & Padang 2014

Pada 28 Jun yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Tahunan bagi tahun 2014. 

Acara pada hari itu dimulakan dengan perbarisan tabik hormat oleh murid sekolah kepada VIP-VIP jemputan, dan seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Acara ini telah dirasmikan dengan meriahnya oleh Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, iaitu En. Yap Kien Seng. Gimik perasmian pada tahun ini adalah pelepasan belon beramai-ramai yang diketuai oleh Guru Besar sendiri.

Berbagai acara yang dipersembahkan semasa acara perasmian tersebut. Antaranya adalah, persembahan Karate, Wushu, Persembahan Tarian, dan Senamrobik beramai-ramai.

Sebanyak 26 acara sukan yang dipertandingkan. Ada juga acara yang telah disediakan untuk ibubapa yang hadir. Acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan yang agak memberangsangkan.

Kejohanan Balapan & Padang ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepda rumah sukan yang menjadi Johan keseluruhan, Olahragawati sekolah, hiasan khemah tercantik, dan perbarisan yang menarik. Ucapan perasmian penutup telah dilakukan oleh Pengerusi PIBG, En. Yee Soon Ghee serta laungan Hip Hip Hoore bagi menandakan berakhir temasya itu untuk kali ini.

Johan    - Rumah Merah
Naib Johan   - Rumah Hijau
Tempat Ke-3   - Rumah Biru
Tempat Ke-4   - Rumah Kuning
*Mata penuh semua rumah KLIK SINI.

Hiasan Khemah Rumah Tercantik - Rumah Hijau
Perbarisan Menarik – Rumah Biru
Olahragawati Tahun 2014 - CHOY SIN RU

Pada yang berjaya, diucapkan tahniah, juga pada yang kurang bernasib baik, cuba yang terbaik untuk temasya yang akan datang. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1.







Lagi gambar KLIK SINI.

Kedudukan Terkini Rumah-Rumah Sukan Tahun 2014


Berikut adalah kedudukan terkini rumah-rumah sukan yang bertanding bagi kejohanan tahun ini. Mata-mata yang dikumpulkan adalah acara-acara awal yang telah berlangsung. Teruskan sokongan kepada rumah masing-masing.

KEDUDUKAN
RUMAH
MATA
1
MERAH
147
2
HIJAU
131
3
BIRU
118
4
KUNING
103

Acara kemuncak akan berlangsung pada 28 Jun 2014 (Sabtu) di Padang SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh mulai jam 8:00 pagi. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Info Kejohanan KLIK SINI.

*Dikemaskini pada 22 Julai 2014.

Persembahan Murid Prasekolah Pada Sambutan Hari Guru 2014

Para tetamu yang terdiri daripada ibubapa, AJK PIBG dan Lembaga Pengurus sekolah sangat terhibur dengan keletah murid-murid prasekolah membuat persembahan semasa sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2014 yang lalu. Tahniah kepada guru prasekolah, Pn. Teoh Gek Tiang dan Pembantu Pengurusan Murid, Pn. Hasliza di atas persembahan yang menakjubkan daripada anak-anak didik mereka. Saksikan persembahan mereka di bawah ini.



Tahniah! Program Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC) Di Bandaraya Fukuoka, Jepun


Sukacita dimaklumkan bahawa warga sekolah SJK(C) Pasir Pinji 1 ingin merakamkan ucapan tahniah kepada salah seorang murid kita, iaitu Woo Yu Hang kerana telah berjaya di pilih mengikuti Program Konvensyen Kanak-Kanak Asia Pasifik (APCC) yang akan berlangsung pada 10/07/2014 hingga 24/07/2014 di Bandaraya Fukuoka, Jepun.

Diharap, dengan pemilihan beliau dapat menjadi pemangkin semangat bagi murid-murid lain memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Cenderahati daripada Pengerusi Lembaga Pengelola, En. Yap Kien Seng yang telah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng.

Penerangan Lencana Sekolah

Penerangan tentang Lencana Sekolah telah dilakukan semasa perhimpunan mingguan, 21 April 2014 yang lalu. Lencana Sekolah adalah melambangkan identititi sekolah. Lencana ini telah direka sebegitu rupa kerana menunujukkan kepentingan dalam semua bidang pendidikan. Untuk pengetahuan semua, Lencana Sekolah ini telah pun digunakan sejak tahun 1980 lagi. Berikut adalah intipati penerangan tentang Lencana Sekolah yang telah disampaikan oleh Pn. Toy Wan Yoke.

Warna dalam Lencana Sekolah ini:
1. Putih melambangkan insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
2. Hijau melambangkan harmoni atau seimbang.
3. Kuning melambangkan kesungguhan dan nilai-nilai murni.
4. Biru melambangkan profesionalisma dalam pendidikan.
5. Merah melambangkan tuah dan kecemerlangan.

Lambang Yang Digunakan:
1. Obor dan Bulatan Bulan – Membawa pengertian kecerahan.
2. Buku – Membawa pengertian pengetahuan.
3. Segi Hijau – Membawa pengertian keselamatan dan keamanan.



Hebahan : Keputusan SPM 2013



Sila hebahkan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. Semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang.

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00