Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my
  • Frog VLE

    Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.

    Jadual Waktu VLE
  • Cuti Pertengahan Penggal 1

    Bermula pada 18 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017.

    Jangan lupa mengulangkaji pelajaran

SJK(C) Pasir Pinji 1 Sentiasa Bersama Perak Excellent

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baru, Tuan Haji Rozi Bin Puteh Ismail telah memperkenalkan slogan baru untuk memastikan pencapaian akademik bagi negeri perak mencapai objektifnya.

Perak Excellent merupakan satu slogan yang menyeluruh bagi memastikan sektor pendidikan negeri Perak mencapai kecemerlangan dari pelbagai sudut.

Sehubungan itu, logo rasmi bagi slogan tersebut juga dilancarkan.


Huruf X yang berwarna merah memberi maksud

1. Extra Motivation
2. Extraordinary
3. Extra Effort
4. Extra Commitment

Malam Mesra SJK(C) Pasir Pinji 1

Majlis yang telah diadakan pada 23 Mei 2015 (Sabtu) pada sebelah malam ini adalah bagi meraikan guru dan murid-murid bersama ibubapa masing-masing. Secara amnya, ianya bagi meraikan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa di dalam satu majlis. Dengan adanya majlis seperti ini, ianya dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Majlis ini telah bermula seawal 6.30 petang dan berakhir lebih kurang pukul 10.00 malam. Berikut adalah gambar suasana semasa Malam Mesra tersebut.













Lagi gambar KLIK SINI.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2015

Pada hari Isnin, 18 Mei 2015 yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2015. Sambutan tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah.

Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan pada jam 10.00 pagi bagi menunggu tetamu-tetamu jemputan. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah. Seterusnya ucapan-ucapan dari Wakil Lembaga Pengelola Sekolah, Wakil PIBG dan Guru Besar. Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu “ Kami Guru Malaysia” dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Guru Besar sendiri.











Lagi gambar KLIK SINI.

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2015 Peringkat Sekolah

Sambutan tersebut telah diadakan pada 16 Februari 2015 (Isnin) yang lalu. Acara bagi murid dan guru bermula pada sebelah pagi dengan segala aktiviti yang menarik telah diatur oleh para guru. Acara kemuncak pula dengan ketibaan pada tetamu bermula pada jam 11.00 pagi. Murid-murid telah berkumpul di Dewan Serbaguna menanti kedatangan tetamu-tetamu jemputan. Suasana pada pagi tersebut amat meriah dengan para guru mengenakan pakaian tradisional Tahun Baru Cina.

Untuk makluman para pengunjung Blog SJK(C) Pasir Pinji 1 ini, pada tahun ini, bermulalah Tahun Kambing bagi masyarakat Cina. Menurut kepercayaan masyarakat Cina ianya merupakan tahun yang cenderung lebih tenang, harmonis dan damai. Di tahun ini, akan lebih banyak orang yang mahu berkompromi, hidup dengan menghilangkan segala perselisihan dan berusaha agar sentiasa mengutamakan musyawarah untuk mencapai mufakat dari terus berkonflik antara satu sama lain.

Berikut disertakan gambar semasa sambutan itu berlangsung. Sambutan ini berakhir lebih kurang pukul 1.00 petang. SELAMAT TAHUN BARU CINA dari kami warga SJK(C) PASIR PINJI 1.



















Lagi gambar KLIK SINI.

Video semasa sambutan tersebut.

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015


Untuk rujukan bagi murid-murid Tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2015 tidak lama lagi, disertakan jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2015 yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Salinan akan diserahkan pada setiap murid Tahun 6 kelak.

TARIKH
WAKTU
KOD KERTAS
NAMA KERTAS
MASA
JENIS KERTAS
SELASA 8 SEPTEMBER 2015
08:15 pagi - 09:05 pagi
021
Bahasa Melayu Pemahaman (SJKC)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan
10:05 pagi - 11:20 pagi
022
Bahasa Melayu Penulisan (SJKC)
1 jam 15 minit
Subjektif
12:20 tengah hari - 01:00 tengah hari
025/2
Mathematics Kertas 2 (SJKC)
40 minit
Subjektif
RABU 9 SEPTEMBER 2015
8.15 pagi - 9.15 pagi
025/1
Mathematics Kertas 1 (SJKC)
1 jam
Objektif Aneka Pilihan
10:30 pagi - 11:20 pagi
026
Bahasa Cina Pemahaman (SJKC)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan
12:15 tengah hari - 01:30 tengah hari
027
Bahasa Cina Penulisan (SJKC)
1 jam 15 minit
Subjektif
KHAMIS 10 SEPTEMBER 2015
08:15 pagi - 09:30 pagi
028
Science (SJKC)
1 jam 15 minit
Objektif Aneka Pilihan dan Subjektif
10:30 pagi -11:20 pagi
024/1
Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKC)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan
12:20 tengah hari - 01:35 tengah hari
024/2
Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKC)
1 jam 15 minit
Subjektif
02:45 petang - 04:15 petang
023
Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKC)
1 jam 30 minit
Objektif Aneka Pilihan

KLIK SINI untuk muat turun jadual waktu.

Pertabalan Sultan Nazrin Tonjol Keunikan Istiadat Kesultanan Melayu Perak


Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak XXXV (ke-35) pada 6 Mei, bakal menonjolkan keunikan dan kekayaan adat Kesultanan Melayu Perak yang diwarisi sejak tahun 1528, selepas Sultan Mudzaffar Shah I dijemput memerintah Perak.

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berkata meskipun pelbagai aktiviti disusun, pihaknya memberi tumpuan kepada enam acara yang membabitkan adat istiadat pertabalan.

Jawatankuasa yang mengendalikannya turut berpandukan kepada adat istiadat yang berlangsung 30 tahun lepas iaitu semasa pertabalan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 1985.

"Perkara mustahak yang ditumpukan ialah Istiadat Meletak Kerja pada 3 Mei...paluan nobat akan dibunyikan bersama-sama dengan 17 das (tembakan) meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia sebagai tanda bermulanya kerja-kerja untuk acara pertabalan," katanya dalam temu ramah baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Abdul Puhat Nayan dan Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayop Hashim.

Istiadat 'Tabal Adat' pada 6 Mei akan menyaksikan dua perkara utama iaitu pengisytiharan pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak disusuli dengan pemasyhuran gelaran DYMM Raja Permaisuri Perak.

Kedua-dua pemasyhuran itu akan dilakukan oleh Mohd Zahidi dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' bagi Sultan Nazrin dan 'Daulat' untuk Tuanku Zara sebanyak tiga kali.

Sedikit kelainan dalam istiadat perarakan membawa al-Quran semasa 'Tabal Adat' Sultan Nazrin, ialah al-Quran itu akan dibaca terlebih dahulu, sebelum diarak dan diserahkan kepada baginda.

"Sebelum ini Tuanku ada menitahkan bahawa dalam sesuatu majlis hendaklah diadakan bacaan al-Quran, jadi dalam majlis ini, al-Quran itu akan dibaca.

"Sultan Nazrin akan memegang dan mengucupnya terlebih dahulu sebelum meletakkan kitab suci itu di tempatnya selepas diarak," katanya.

Selesai perarakan itu, akan dituruti oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dengan membacakan pengisytiharan pertabalan, dan menyerahkan Pedang Cura Si Manja Kini kepada Sultan Nazrin.

"Di Perak, kami tidak mempunyai mahkota dan kami menggunakan pedang ini sebagai simbolik penyerahan kuasa raja kepada Tuanku dan Tuanku akan mencabut pedang itu serta dicium sebelum Bendahara melaungkan 'Daulat Tuanku'.

"Pada masa yang sama nobat akan dipalu disertai tembakan meriam sebanyak 21 das," katanya.

Sultan Nazrin juga akan memeriksa kawalan kehormatan pada sebelah pagi di Dataran Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dengan diiringi paluan nobat dan 21 das tembakan meriam.

Acara utama ketiga akan berlangsung pada sebelah pagi 7 Mei, iaitu istiadat mengambil air dari tujuh kuala sungai yang telah dinamakan, untuk 'Adat Bersiram Tabal'.

Mohd Zahidi berkata acara keempat, istiadat 'Tabal Pusaka', iaitu upacara penyerahan 16 alat kebesaran seperti Pedang Cura Si Manja Kini dan Geliga Embun serta nobat kepada Sultan Nazrin, akan berlangsung pada sebelah malam.

"Yang kelima ialah istiadat menziarah makam. Ini adalah satu daripada adat yang memerlukan sultan yang dilantik, selepas ditabal adat dan juga ditabal pusaka, akan menziarahi makam Almarhum sultan-sultan terdahulu," katanya.

Istiadat menziarah makam ini akan bermula pada 8 Mei yang menyaksikan Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berangkat menziarahi Makam Tok Temong di Kati, Kuala Kangsar.

"Oleh kerana pembangunan di negeri Perak, sebahagian daripada makam ini boleh diziarahi dengan menggunakan pengangkutan darat. Oleh itu, jawatankuasa mengekalkan sebahagian daripada istiadat ini untuk menggunakan rakit dikenali sebagai 'Balai Gambang', yang menyaksikan Tuanku menziarah lima makam di sepanjang Sungai Perak semasa pergerakan Balai Gambang dari Pasir Salak ke Teluk Intan," katanya.

Makam berkenaan ialah Makam Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke-16) di Kampung Pasir Pulai, Sultan Abdul Malik Mansur Shah (Sultan Perak ke-19) di Kampung Bandar Baru, Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda (Sultan ke-17) di Kampung Teluk Memali, Sultan Shahabuddin Riayat Shah (Sultan ke-21) di Tanjung Penangguh dan Sultan Iskandar Dzulkarnain (Sultan ke-15) di Pulau Indera Sakti Pasir Panjang Ulu.

Akhir sekali pada 14 Mei, Sultan Nazrin akan melawat serta menjejak kaki di 'Beting Beras Basah' yang terletak di muara Sungai Perak sementara istiadat 'Menutup Kerja' akan berlangsung pada 17 Mei.

Wanita mengandung atau yang uzur (datang haid) dinasihatkan agar tidak hadir pada istiadat Tabal Pusaka ini, yang bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada tengah malam.

Kaum wanita juga tidak digalakkan menyertai rombongan ke Beting Beras Basah ini, menurut Ayop .

"Acara ini hanya dilakukan oleh kaum lelaki. Ini bukan bermaksud ada diskriminasi terhadap golongan wanita, tetapi merupakan adat turun-temurun," katanya.

Terdahulu, Mohd Zahidi berkata satu jawatankuasa induk pertabalan telah diwujudkan susulan mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang pada 20 Jun 2014 dan dipengerusikan Sultan Nazrin sendiri.

"Tuanku telah menitahkan saya sebagai pengerusi jawatankuasa induk dan (Datuk Seri) Abdul Puhat sebagai pengerusi bersama manakala (Datuk) Ayop menyandang jawatan setiausaha.

"Dalam mesyuarat jawatankuasa induk, kami telah mengadakan enam mesyuarat untuk membincangkan komposisi jawatankuasa dan pelaksanaan tugas secara terperinci.

"Jawatankuasa kecil turut mengadakan mesyuarat bagi menentukan kehalusan dan ketelitian tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk menyelaraskan acara sempena pertabalan Tuanku," kata Mohd Zahidi.

Sumber : Bernama.

Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat Melalui Ujian Saringan UKM1


UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun .

Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2015.

Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1


Permohonan penempatan murid Prasekolah & Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2016 dan 2017 kini mula dibuka kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak tersebut dan akan berakhir pada 31 Mac ini.

Dokumen yang perlu dibawa bersama oleh ibu bapa atau penjaga ialah sijil lahir kanak-kanak (salinan asal dan salinan fotostat) dan bil elektrik, air atau telefon sebagai bukti tempat tinggal.

Bagi permohonan penempatan kanak-kanak bukan warganegara pula, anda boleh membuat permohonan di JPN Perak.

Permohonan penempatan ini hanya satu permohonan kanak-kanak untuk memasuki sekolah.

Pertukaran Keluar Guru Sesi Januari 2015


Pihak sekolah telah mendapat berita mengenai pertukaran setara guru-guru berikut iaitu Pn. Wong Kiaw Eng dan Pn. Teh Siew Lay. Masing-masing akan ditukarkan ke SJK(C) Ave Maria Convent dan SJK(C) Sam Chai.

Pn. Wong merupakan guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Menjadi orang yang paling lama di sekolah ini bermakna sudah terlalu banyak kenangan suka duka beliau sepanjang 25 tahun di sekolah ini. Sebelum beliau berkhidmat disekolah ini, beliau pernah berkhidmat SJK(C) Ying Sing, Malim Nawar selama 4 tahun dan SJK(C) Wan Hwa 2 Menglembu selama 2 tahun.

Manakala bagi Pn. Teh, sepanjang 14 tahun berada disekolah ini, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Guru Perpustakaan & Media selama 4 tahun dan Guru Pemulihan mulai tahun 2010 sehingga hari terakhir beliau di sekolah ini. Untuk makluman, sebelum beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau pernah mencurah bakti di SJK(C) Chung Hwa 1, Butterworth Pulau Pinang, SJK(C) Poay Eng Kuala Sepetang, SJK(C) Yuk Kwan Batu Gajah dan SJK(C) Wan Hwa 2 Menglembu.

Pada pandangan kami, mereka merupakan guru yang sangat berpengalaman. Tidak lokek ilmu dan sentiasa berkongsi dengan guru-guru baru dan muda. Pihak sekolah amat merasai kehilangan guru-guru ini.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang setahun mereka berada di sekolah ini. Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat mereka bagi mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru.


Nama : Pn. Wong Kiaw Eng
GRED : PPP GRED DG34 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 16 Disember 1989
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 1 Disember 2014
Sekolah Baru : SJK(C) Sam Chai (ABC2108)


Nama : Pn. Teh Siew Lay
GRED : PPP GRED DG34 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 1 Januari 2000
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 1 Disember 2014
Sekolah Baru : SJK(C) Ave Maria Convent (ABC2103)

Jadual Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Perak Tahun 2015



HARI KELEPASAN AM
TARIKH
HARI
Tahun Baru 2015
1 Januari
Khamis
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
3 Januari
Sabtu
Hari Thaipusam
3 Februari
Selasa
Tahun Baru Cina
19-20 Februari
Khamis-Jumaat
Hari Pekerja
1 Mei
Jumaat
Hari Wesak
3 Mei
Ahad
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
6 Jun
Sabtu
Hari Nuzul Al-Quran
4 Julai
Sabtu
Hari Raya Puasa
17-18 Julai
Jumaat-Sabtu
Hari Kebangsaan
31 Ogos
Isnin
Hari Malaysia
16 September
Rabu
Hari Raya Qurban
24 September
Khamis
Awal Muharam (Maal Hijrah)
14 Oktober
Rabu
Hari Deepavali
10 November
Selasa
Hari Keputeraan Sultan Perak
27 November
Jumaat
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
24 Disember
Khamis
Hari Krismas
25 Disember
Jumaat

Artikel berkaitan Takwim Cuti Sekolah Tahun 2015 KLIK SINI.

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00