Kejohanan Balapan & Padang 2015
Pada 16 Ogos yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Tahunan bagi tahun 2015.
Acara pada hari itu dimulakan dengan perbarisan tabik hormat oleh murid sekolah kepada VIP-VIP jemputan, dan seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Acara ini telah dirasmikan dengan meriahnya. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh En. Ng Bau Aun iaitu Bendahari Lembaga Pengurus sekolah. Gimik perasmian pada tahun ini adalah dengan melancarkan ‘confetti launcher’ beramai-ramai oleh barisan Lembaga PIBG dan Lembaga Pengurus.
Berbagai acara yang dipersembahkan semasa acara perasmian tersebut. Antaranya adalah, persembahan Karate, Gendang Cina, Persembahan Tarian, dan Senamrobik beramai-ramai.
Sebanyak 25 acara sukan yang dipertandingkan. Ada juga acara yang telah disediakan untuk ibu bapa yang hadir. Acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan yang agak memberangsangkan.
Kejohanan Balapan & Padang ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada rumah sukan yang menjadi Johan keseluruhan dan perbarisan yang menarik. Ucapan perasmian penutup telah dilakukan oleh YDP PIBG, Pn. Woong Kook Fong serta laungan Hip Hip Hoore bagi menandakan berakhir temasya itu untuk kali ini.
Johan - Rumah Kuning (125 mata)
Naib Johan Bersama - Rumah Hijau & Rumah Biru (106 mata)
Tempat Ke-4 - Rumah Merah (97 mata)
Perbarisan Menarik – Rumah Merah
Olahragawati Tahun 2015 - YAP PAK LING
Pada yang berjaya, diucapkan tahniah, juga pada yang kurang bernasib baik, cuba yang terbaik untuk temasya yang akan datang. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1.
Beberapa lagi keping gambar sudah dimuatnaik di facebook rasmi SJK(C) Pasir Pinji 1.
Terima Kasih Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng
Pada 7 Ogos 2015 Jumaat yang lalu, satu majlis sempena Persaraan Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng telah diadakan. Beliau bersara wajib pada umur 60 tahun pada 9 Ogos 2015. Beliau telah mula bertugas di SJK(C) Pasir Pinji 1, pada 16 September 2011 setelah bertukar dari SJK(C) Man Ming, Gopeng. Walaupun tempoh perkhidmatan di sini agak singkat namun beliau telah berjaya melonjakkan pencapaian UPSR 2013 dengan agak cemerlang. Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.
Pada majlis tersebut, ramai rakan-rakan dalam kalangan Guru Besar, ahli Lembaga Pengurus dan ahli Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) telah sudi meluangkan masa untuk memeriahkan majlis. Tidak terkecuali para ibu bapa murid. Para jemputan ditempatkan di Dewan Serbaguna dimana majlis tersebut berlangsung.
Pelbagai acara persembahan telah diadakan bagi menyerikan majlis seperti tarian dari murid prasekolah, tarian murid dari murid tahap 2, serta persembahan nyanyian murid Tahun 2 yang dikhaskan untuk beliau. Pelbagai pihak telah tampil menghulurkan hadiah sebagai ingatan. Sebelum mengakhiri majlis tersebut, semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah. Guru Besar bersalam dengan semua murid dan para jemputan. Majlis itu berakhir dengan perarakan Pn. Chan menaiki kereta berhias. Beliau naik ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
Seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 akan sentiasa mengingati sumbangan beliau dan mengucapkan selamat bersara.
Lagi gambar KLIK SINI.
Tema Hari Kebangsaan 2015
Bersama Semarakkan Semangat Cintakan Malaysia
#SehatiSejiwa adalah cerminan ruh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran. Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan #SehatiSejiwa mampu menggerak dan menyemarakkan perasaan kasih dan sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #Sehatisejiwa adalah titian hubungan - yang jauh didekat, ukhuwah dipererat. Selamanya…
Siaran berita.
KUALA LUMPUR - #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.
"Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia.
Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, hari ini.
Ahmad Shabery berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.
"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja," katanya.
Pada majlis itu, turut diperkenalkan barangan sempena Hari Kebangsaan untuk jualan kepada orang ramai sebagai cenderahati.
Selain itu, Ahmad Shabery turut membuat pelepasan konvoi Eksplorasi #sehatisejiwa yang melibatkan dua buah kenderaan Jabatan Penerangan, 10 buah kereta Proton terdiri daripada pelbagai model, 20 motosikal berkuasa besar dan sebuah lori yang bakal menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Pelbagai aktiviti diadakan seawal pukul 8 pagi tadi sempena prapelancaran itu bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2015. - Bernama
Frog VLE Mempertingkatkan Pengajaran dan Pembelajaran
Di bawah 1BestariNet, projek seluruh negara yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan YTL, setiap ibu bapa, pelajar dan guru dibekalkan dengan ID yang memberikan mereka akses kepada pelbagai alatan yang dapat menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Berikut adalah jadual waktu bagi setiap kelas. Pastikan anda semua tidak terlepas untuk merasai pembelajaran abad ke-21 ini.
Melengkapi bakal pemimpin Malaysia dengan teknologi pembelajaran terbaik.
Menyediakan capaian internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi ke sekolah -sekolah di seluruh Malaysia.
Memberi peluang kepada semua murid menikmati pendidikan bertaraf dunia.
Setiap murid perlu diberi kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia berteknologi canggih masa kini.
Pendidikan melangkaui batas kebiasaan.Kaedah pembelajaran ‘cloud’ membolehkan pengajaran dan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana-mana jua.
Usahasama ke arah mengubah pendidikan melalui Internet berkelajuan tinggi.
Kementerian pendidikan bekerjasama dengan YTL Communications melengkapi sekolah-sekolah dengan teknologi terkini.
Jadual Waktu Peperiksaan Pra UPSR Tahun 2015
Jadual Waktu Peperiksaan Pra UPSR 1/2015
|
TARIKH
|
WAKTU
|
SUBJEK
|
|
13.07.2015
|
8:30 pagi – 9:20 pagi
|
Bahasa Melayu (Pemahaman)
|
|
10:10 pagi – 11:25 pagi
|
Bahasa Melayu (Penulisan)
|
|
|
11:40 pagi – 12:20 t/hari
|
Matematik (Kertas 2)
|
|
|
14.07.2015
|
8:10 pagi – 9:10 pagi
|
Matematik (Kertas 1)
|
|
10:10 pagi – 11:00 pagi
|
Bahasa Cina (Pemahaman)
|
|
|
11:10 pagi – 12:25 t/hari
|
Bahasa Cina (Penulisan)
|
|
|
15.07.2015
|
8:10 pagi – 9:25 pagi
|
Sains
|
|
10:10 pagi – 11:00 pagi
|
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
|
|
|
11:10 pagi – 12:25 t/hari
|
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
|
Jadual Waktu Peperiksaan Pra UPSR 2/2015
|
TARIKH
|
WAKTU
|
SUBJEK
|
|
12.08.2015
|
8:10 pagi – 9:00 pagi
|
Bahasa Melayu (Pemahaman)
|
|
10:10 pagi – 11:25 pagi
|
Bahasa Melayu (Penulisan)
|
|
|
11:40 pagi – 12:20 t/hari
|
Matematik (Kertas 2)
|
|
|
13.08.2015
|
8:10 pagi – 9:10 pagi
|
Matematik (Kertas 1)
|
|
10:10 pagi – 11:00 pagi
|
Bahasa Cina (Pemahaman)
|
|
|
11:10 pagi – 12:25 t/hari
|
Bahasa Cina (Penulisan)
|
|
|
14.08.2015
|
8:10 pagi – 9:25 pagi
|
Sains
|
|
10:10 pagi – 11:00 pagi
|
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
|
|
|
11:10 pagi – 12:25 t/hari
|
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
|
KLIK SINI untuk muat turun jadual waktu.
SJK(C) Pasir Pinji 1 Sentiasa Bersama Perak Excellent
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baru, Tuan Haji Rozi Bin Puteh Ismail telah memperkenalkan slogan baru untuk memastikan pencapaian akademik bagi negeri perak mencapai objektifnya.
Perak Excellent merupakan satu slogan yang menyeluruh bagi memastikan sektor pendidikan negeri Perak mencapai kecemerlangan dari pelbagai sudut.
Sehubungan itu, logo rasmi bagi slogan tersebut juga dilancarkan.
Huruf X yang berwarna merah memberi maksud
1. Extra Motivation
2. Extraordinary
3. Extra Effort
4. Extra Commitment
Malam Mesra SJK(C) Pasir Pinji 1
Majlis yang telah diadakan pada 23 Mei 2015 (Sabtu) pada sebelah malam ini adalah bagi meraikan guru dan murid-murid bersama ibubapa masing-masing. Secara amnya, ianya bagi meraikan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Bapa di dalam satu majlis. Dengan adanya majlis seperti ini, ianya dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Majlis ini telah bermula seawal 6.30 petang dan berakhir lebih kurang pukul 10.00 malam. Berikut adalah gambar suasana semasa Malam Mesra tersebut.
Lagi gambar KLIK SINI.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my






























