Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali pertama telah disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia.
Hari kanak-kanak seluruh dunia ini disambut berbeza-beza disetiap negara. Contohnya di Malaysia, ianya disambut pada 4 Julai setiap tahun. Hari kanak-kanak sedunia yang telah diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan UNESCO adalah 20 November setiap tahun.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SJK(C) Pasir Pinji 1 2014 telah berlansung pada 7 November 2014 yang lalu. Sambutan yang telah dirancang dengan amat baik oleh para guru bagi meraikan murid-murid sekolah ini. Pelbagai persembahan yang telah disajikan oleh murid seperti nyanyian, tarian dan sebagainya.
Hari Kanak-Kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak-kanak di dunia. Kanak-kanak adalah harapan bangsa dan tiang negara pada suatu masa kelak. Jadi semua kanak-kanak harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang berguna.
0 komen: