Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Latihan Kebakaran & Kecemasan Peringkat Sekolah Kali Pertama Tahun 2013


Pada 21 Mac 2013 (Khamis) telah diadakan latihan kebakaran dan kecemasan peringkat sekolah. Loceng telah dibunyikan tepat jam 8.30 pagi secara berturutan selama beberapa minit bagi memberi amaran kepada semua murid dan staf-staf yang lain.

Murid-murid keluar kelas dan berbaris mengikut kelas masing-masing dengan diiringi guru-guru yang mengajar pada waktu tersebut. Mereka keluar secara berlari tetapi tidak dalam keadaaan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar bergerak dan berkumpul di padang tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Mereka berbaris mengikut kelas masing-masing. Masa yang diambil oleh semua murid dan staf untuk berkumpul di padang itu adalah dibawah masa 2 minit. Ketua kelas melaporkan kepada guru masing-masing. Guru kelas menyemak Jadual Kedatangan untuk memastikan tiada pelajar yang tertinggal.

Antara objektif diadakan latihan kebakaran dan kecemasan adalah:
  • Untuk mendedahkan dan membiasakan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
  • Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini penghuni yang terancam dengan bahaya dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
  • Menyediakan jalan keluar dan tangga keselamatan supaya dapat digunakan dengan kaedah yang dirancangkan.
  • Menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan alatan keselamatan yang disediakan.
  • Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi warga sekolah keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.
  • Disertakan beberapa keping gambar semasa latihan kebakaran itu.
Disertakan beberapa keping gambar semasa latihan itu berlangsung. KLIK SINI.







0 komen:

Pertukaran Guru J-QAF



Minggu ini merupakan minggu terakhir Cik Norhameza Binti Ab Talib berada di SJK(C) Pasir Pinji 1 setelah hanya 3 bulan sahaja beliau berkhidmat disini. Ini kerana, beliau telah mendapat arahan pertukaran ke SK Sungai Rokam.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas sumbangan yang telah diberikan oleh beliau walaupun hanya seketika di sekolah ini, khususnya didalam mendidik murid-murid Islam di sekolah ini.

Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat beliau untuk mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru. Serangkap pantun untuk beliau dari kami warga SJK(C) Pasir Pinji 1.


Batang selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00