Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Pertukaran Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19

Berita mengenai pertukaran Pembantu Tadbir (P/O) iaitu En. Rafee telah diketahui seawal bulan Oktober tempoh hari. Beliau akan ditempatkan di SJK(C) Hua Lian 1, Taiping.

En. Rafee telah berkhidmat di sekolah ini lebih 5 tahun. Terlalu banyak kenangan suka duka beliau sepanjang 5 tahun di sekolah ini. Pada pandangan kami, beliau merupakan Pembantu Tadbir yang sangat berpengalaman. Tidak lokek idea dan sentiasa berkongsi dengan staf yang lain. Ketiadaan beliau nanti, pasti amat dirasai oleh kami.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 5 tahun beliau berada di sekolah ini. Semoga dengan perpindahan ini akan memberi inspirasi kepada beliau untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Selamat bertugas di tempat baru.


Nama : En. Mohd Rafee Bin Abdul Mot Talip
Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) (N19)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 18 April 2011
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 4 Oktober 2016
Sekolah Baru : Sekolah Jenis Kebangsaan Hua Lian 1, Taiping (ABC6074)

0 komen:

Sambutan Hari Kebangsaan SJK(C) Pasir Pinji 1 Tahun 2016


Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.

Pada 30 Ogos 2016, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah di Dewan Serbaguna. Sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan Hari Kebangsaan Tahun 2016.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas dan pada tahun ini agak berbeza apabila ia tidak menyebut ulang tahun kali ke berapa namun hanya disebut secara umum iaitu Hari Kebangsaan 2016.

Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri Perak, lagu Perak Excellent dan lagu sekolah. Dan seterusnya ucapan dari Guru Besar, En. Seow. Selesai sahaja ucapan tersebut adalah persembahan daripada murid sekolah.

Selesai sahaja persembahan tersebut, nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan lagu tema Sehati Sejiwa. Sambutan kali ini diserikan dengan soalan kuiz terbuka untuk murid. Murid yang berjaya menjawab soalan tersebut, mendapat cenderahati daripada pihak sekolah.

Sebagai penutup sambutan pada kali ini, laungan Merdeka sebanyak 7 kali telah diketuai oleh Ustaz Salleh. Diharap sambutan pada tahun ini dapat menaikkan semangat patriotik dikalangan setiap murid dan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga mereka dewasa kelak.
























0 komen:

Tema Sambutan Hari Kebangsaan 2016 kekal 'Sehati, Sejiwa'


KUALA LUMPUR: Kabinet setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59, semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya mencapai kemajuan dalam dekad akan datang."

"Saya percaya bahawa tidak kira apa warna kulit atau bahasa pertuturan, terdapat nilai-nilai sejagat yang kita berkongsi bersama dan menyatukan kita," katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my di sini, hari ini.

Salleh berkata, beberapa perkara dapat menyatukan rakyat seperti sukan, seni dan hiburan.

"Selain ikon favourite, juara dunia Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei, kita tidak kurang mempunyai ramai lagi atlet lain yang cemerlang yang telah mengibarkan Jalur Gemilang di pentas dunia dan mengharumkan nama negara," kata beliau.

Mengenai atlet Felicia Mikat, 16 tahun, yang cacat penglihatan tetapi merangkul tiga pingat emas pada Sukan Para Asean ke-8 tahun lalu, dan atlet Paralimpik, Mohd Ridzuan Mohd Puzi dan Abdul Latif Romly yang kedua-duanya meraih emas pada Kejohanan Dunia Olahraga IPC baru-baru ini di Doha, Salleh berkata:

"Mana-mana ahli sukan akan memberitahu anda bahawa mencapai kecemerlangan dalam sukan adalah misi yang rumit tetapi ia lebih sukar apabila anda dilahirkan dengan ketidakupayaan."

Mengenai seni dan hiburan, Salleh berkata, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh telah mengangkat nama Malaysia melalui lakonannya, penyanyi dan komposer Yuna kini sebaris dengan ikon hiburan seperti Beyonce dan Rihanna apabila album terbaharunya menduduki sebagai satu daripada album R&B di carta tertinggi yang dikeluarkan tahun ini.

"Akhirnya, kita berbangga dengan pengarah filem Nadira Ilana, rakyat Malaysia yang pertama dipilih untuk melaksanakan projek filem dokumentari Australia yang meneroka penempatan luar bandar di seluruh Asia Pasifik," katanya.

Beliau berkata, adalah membanggakan bahawa kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang menempa nama di pentas dunia dan kisah kejayaan ini meniupkan elemen-elemen yang boleh memberi inspirasi kepada negara dan kebanggaan menjadi warga Malaysia.

"Kita harus mempertahankan kemerdekaan dan mengekalkan semangat bersatu-padu. Marilah kita mengekalkan semangat bersatu dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan perpaduan dalam apa jua yang kita lakukan," katanya. - BERNAMA

0 komen:

Kem Motivasi UPSR 2016

UPSR激励讲座
主题:《竭尽所能,最后冲刺!》
主讲:马锦华硕士
日期:21.7.2016(星期四)
时间:下午2:30至下午4:00


















0 komen:

Pertukaran Redeployment Guru Pemulihan

Pihak sekolah telah mendapat berita mengenai Pertukaran Redeployment iaitu Pn. Chiah. Beliau akan ditukarkan ke SJK(C) Phui Ying, Simpang Pulai.

Pn. Chiah merupakan guru yang telah berkhidmat di sekolah ini selama 12 tahun. Beliau merupakan Guru Pemulihan disekolah ini. Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 12 setahun beliau berada di sekolah ini. Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat beliau bagi mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru.


Nama : Pn. Chiah Soong Ying
Gred : PPP Gred DG32 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 1 Januari 2004
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 16 Julai 2016
Sekolah Baru : SJK(C) Phui Ying, Simpang Pulai (ABC2143)

0 komen:

Penolong Kanan Kokurikulum Baharu

SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu sekolah ini iaitu, En. Chong. Beliau sebelum ini berkhidmat di SJK(C) Tanah Hitam. Beliau disana merupakan guru biasa, dan telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini.

Kami mengalu-alukan kedatangan guru. Semoga beliau dapat menjalankan tugas disekolah ini dengan sebaiknya. Tahniah diatas kenaikan pangkat ini. Serba sedikit maklumat mengenai En. Chong.


Nama : En. Chong Choon Keat.
Gred : PPP Gred DG32.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 30 Jun 2016.
Sekolah Lama : SJK(C) Tanah Hitam, Chemor (ABC2124)

0 komen:

Kenaikan Pangkat PK Kokurikulum

SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Pn. Huah diatas kenaikan pangkat dari Penolong Kanan Kokurikulum ke Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Tapi perkhabaran duka yang kami terima, beliau akan berpindah dan ditugaskan ke sekolah yang baru iaitu di SJK(C) Kampung Tawas.

Walaupun baru sahaja 6 bulan beliau berada disini, keserasian dalam kerjasama berpasukan telah dapat kami kecapi. 

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 6 bulan beliau berada di sekolah ini. Semoga kenaikan pangkat ini lebih melonjakkan semangat beliau bagi mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru.

Bergambar kenangan bersama staf pentadbiran

Nama : Pn. Huah Hoon Yen.
Gred : PPP Gred DG32
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 16 Disember 2015.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 30 Jun 2016.
Sekolah Baru : SJK(C) Kampung Tawas (ABC2121)

0 komen:

Emel Rasmi SJK(C) Pasir Pinji 1 Yang Baharu


Salam 1 Malaysia,

Pemberitahuan:

Emel rasmi ini, ABC2109@moe.edu.my akan diguna pakai berkuatkuasa serta merta seiring dengan kehendak projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjadikan Malaysia sebagai contoh negara cemerlang mengaplikasikan pendidikan internet bersepadu.

Semua transaksi penghantaran dan penerimaan emel rasmi adalah menggunakan perkhidmatan 1GovUC.

Sekian, terima kasih.

0 komen:

《乡识。乡惜》回乡成长营 槟城理科大学第20届大专生下乡服务

校日前进行的《乡识。乡惜》回乡成长营已圆满落幕。该成长营是由浮罗交怡教育振兴计划主催,巴沙彬如华小一校董家协主办,槟城理科大学第20届大专生社区服务团承办。其宗旨主要是提高乡村教育水平及营员们的环保意识,并提倡营员们的关爱精神。

团长钟汶耀率领33 个团员前来担任督导。该校62名五、六年级的学生和去年的毕业生踊跃参与其盛。本校鸣谢董事长李玉珠女士和副董事长黄智民先生慷慨赞助此项活动的所有经费。
督导和营员们在依依不舍的气氛下圆满结束了《乡识。乡惜》回乡成长营。大家都期待着明年的团聚。


全体营员与槟城理科大学大专生下乡服务团合照留影
















0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00