Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Pertukaran Keluar Guru Sesi Januari 2015


Pihak sekolah telah mendapat berita mengenai pertukaran setara guru-guru berikut iaitu Pn. Wong Kiaw Eng dan Pn. Teh Siew Lay. Masing-masing akan ditukarkan ke SJK(C) Ave Maria Convent dan SJK(C) Sam Chai.

Pn. Wong merupakan guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Menjadi orang yang paling lama di sekolah ini bermakna sudah terlalu banyak kenangan suka duka beliau sepanjang 25 tahun di sekolah ini. Sebelum beliau berkhidmat disekolah ini, beliau pernah berkhidmat SJK(C) Ying Sing, Malim Nawar selama 4 tahun dan SJK(C) Wan Hwa 2 Menglembu selama 2 tahun.

Manakala bagi Pn. Teh, sepanjang 14 tahun berada disekolah ini, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Guru Perpustakaan & Media selama 4 tahun dan Guru Pemulihan mulai tahun 2010 sehingga hari terakhir beliau di sekolah ini. Untuk makluman, sebelum beliau berkhidmat di sekolah ini, beliau pernah mencurah bakti di SJK(C) Chung Hwa 1, Butterworth Pulau Pinang, SJK(C) Poay Eng Kuala Sepetang, SJK(C) Yuk Kwan Batu Gajah dan SJK(C) Wan Hwa 2 Menglembu.

Pada pandangan kami, mereka merupakan guru yang sangat berpengalaman. Tidak lokek ilmu dan sentiasa berkongsi dengan guru-guru baru dan muda. Pihak sekolah amat merasai kehilangan guru-guru ini.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang setahun mereka berada di sekolah ini. Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat mereka bagi mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru.


Nama : Pn. Wong Kiaw Eng
GRED : PPP GRED DG34 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 16 Disember 1989
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 1 Disember 2014
Sekolah Baru : SJK(C) Sam Chai (ABC2108)


Nama : Pn. Teh Siew Lay
GRED : PPP GRED DG34 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 1 Januari 2000
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 1 Disember 2014
Sekolah Baru : SJK(C) Ave Maria Convent (ABC2103)

0 komen:

Jadual Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Perak Tahun 2015



HARI KELEPASAN AM
TARIKH
HARI
Tahun Baru 2015
1 Januari
Khamis
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
3 Januari
Sabtu
Hari Thaipusam
3 Februari
Selasa
Tahun Baru Cina
19-20 Februari
Khamis-Jumaat
Hari Pekerja
1 Mei
Jumaat
Hari Wesak
3 Mei
Ahad
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
6 Jun
Sabtu
Hari Nuzul Al-Quran
4 Julai
Sabtu
Hari Raya Puasa
17-18 Julai
Jumaat-Sabtu
Hari Kebangsaan
31 Ogos
Isnin
Hari Malaysia
16 September
Rabu
Hari Raya Qurban
24 September
Khamis
Awal Muharam (Maal Hijrah)
14 Oktober
Rabu
Hari Deepavali
10 November
Selasa
Hari Keputeraan Sultan Perak
27 November
Jumaat
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
24 Disember
Khamis
Hari Krismas
25 Disember
Jumaat

Artikel berkaitan Takwim Cuti Sekolah Tahun 2015 KLIK SINI.

0 komen:

Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji 2015 Kakitangan Awam



BULAN
TARIKH / HARI
CATATAN
JANUARI
22.1.2015 / Khamis
FEBRUARI
12.2.2015 / Khamis
Tahun Baru Cina 19 & 20 Februari 2015
MAC
25.3.2015 / Isnin
APRIL
23.4.2015 / Khamis
MEI
21.5.2015 / Khamis
Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2015
JUN
25.6.2015 / Khamis
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2015
JULAI
9.7.2015 / Khamis
Hari Raya Aidilfitri 17 & 18 Julai 2015
OGOS
25.8.2015 / Selasa
SEPTEMBER
17.9.2015 / Khamis
Hari Raya Korban / Haji 23 September 2015
OKTOBER
22.10.2015 / Khamis
NOVEMBER
25.11.2015 / Rabu
Hari Deepavali 11 November 2015
DISEMBER
17.12.2015 / Khamis
Hari Krismas 25 Disember 2015


0 komen:

Keputusan UPSR 2014

Pada tahun 2014, seramai 33 orang calon yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Namun, hanya 57.58% pelajar yang lulus daripada jumlah tersebut. GPS bagi sekolah ini pula adalah 2.48.

Disenaraikan peratusan subjek yang lulus bagi ketujuh-tujuh subjek yang diambil:

SUBJEK
PERATUS %
LULUS SEMUA SUBJEK (KESELURUHAN)
 57.58
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
 63.60
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
 72.70
BAHASA INGGERIS
 69.70
MATEMATIK
 81.80
BAHASA CINA (PEMAHAMAN)
 81.80
BAHASA CINA (PENULISAN)
 84.80
SAINS
 90.90

Berikut adalah jumlah calon yang cemerlang :

6A 1B
Thee Ji Hou

5A 2B
Chan Mei Yi
Ng Soon Yik
Low Wai Feng

4A 3B
Berry Chong Bei Li
Yee Yi Pei

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya. Bagi mereka yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Cuba menilai diri sendiri dan pertingkatkan lagi supaya cemerlang suatu hari nanti.


0 komen:

Murid-Murid Tahun Enam 2014

Klik gambar untuk besarkan.

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, anda sudah berada pada penghujung tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu Tahun Enam. Sebahagiannya bermula dari peringkat Prasekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam. Daripada anda semua tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah anda dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki. Maka, hari ini merupakan hari terakhir anda menuntut ilmu di SJK(C) Pasir Pinji 1.

Pasti ada diantara anda semua yang begitu hiba untuk berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh anda. Namun demikian, apalah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.

Pada kesempatan ini juga, kami warga sekolah menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan. Dan selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah. 

Semoga anda semua akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa anda serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.

Klik gambar untuk besarkan.
Gambar sekitar Majlis Perpisahan Kali ke-62 KLIK SINI.

0 komen:

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2014

Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali pertama telah disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia. 

Hari kanak-kanak seluruh dunia ini disambut berbeza-beza disetiap negara. Contohnya di Malaysia, ianya disambut pada 4 Julai setiap tahun.  Hari kanak-kanak sedunia yang telah diwartakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan UNESCO adalah 20 November setiap tahun.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SJK(C) Pasir Pinji 1 2014 telah berlansung pada 7 November 2014 yang lalu. Sambutan yang telah dirancang dengan amat baik oleh para guru bagi meraikan murid-murid sekolah ini. Pelbagai persembahan yang telah disajikan oleh murid seperti nyanyian, tarian dan sebagainya.

Hari Kanak-Kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak-kanak di dunia. Kanak-kanak adalah harapan bangsa dan tiang negara pada suatu masa kelak. Jadi semua kanak-kanak harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang berguna.

Berikut adalah antara gambar yang boleh dikongsikan bersama.

















0 komen:

Hebahan : Keputusan UPSR 2014


PUTRAJAYA 19 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan diumumkan pada Rabu, 26 November ini.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

"Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR melalui mySMS menerusi talian 15888.

"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, 26 November dan ditamatkan pada 11.59 malam pada 2 Disember,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

0 komen:

Warga Pendidik & Staf Sokongan SJK(C) Pasir Pinji 1 (2014)


Lagi gambar KLIK SINI.

0 komen:

Takwim Sekolah Sesi 2015


Salam Sejahtera,

Takwim Sekolah bagi Sesi 2015 boleh dimuat turun disini.

Harap maklum.

0 komen:

Pergerakan Penolong Kanan Di SJK(C) Pasir Pinji 1


Perkhabaran yang diterima oleh SJK(C) Pasir Pinji 1 bahawa Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini, iaitu Cik Low Lai Kar telah mendapat arahan pertukaran ke SJK(C) Phui Ying, Simpang Pulai berkuat kuasa mulai 16 September 2014. Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 5 tahun beliau berada di sekolah ini. Berikut adalah serba sedikit maklumat Cik Low Lai Kar.

Nama : Cik Low Lai Kar
Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran PPP Gred DG34 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 16 Oktober 2009
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 16 September 2014
Sekolah Baru : SJK(C) Phui Ying, Simpang Pulai (ABC2143)

Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat beliau untuk mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru. Serangkap pantun untuk beliau dari kami warga SJK(C) Pasir Pinji 1.

Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji di celah daun;
Budi cikgu kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.


Manakala Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SJK(C) Pasir Pinji 1, iaitu Pn. Wong Bee Lei telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang baru bagi SJK(C) Pasir Pinji 1 mulai 16 September 2014. Tahniah diucapkan dari kami warga sekolah. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menaikkan semangat beliau untuk terus mentadbir sekolah ini dengan cemerlang.


SJK(C) Pasir Pinji 1 juga ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang baru melaporkan diri di sekolah ini iaitu, Pn. Chow Choy Luen. Kami, seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mengalu-alukan kedatangan beliau ke sekolah ini dan semoga dapat menjalankan tugas di tempat baru ini dengan sebaiknya. Berikut serba sedikit maklumat guru berkenaan.



Nama : Pn. Chow Choy Luen
Jawatan : Penolong Kanan HEM PPP Gred DG41 (KUP)
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 16 September 2014
Sekolah Lama : SJK(C) Chung Sun, Tronoh (ABC2133)

0 komen:

Tarikh Ulangan UPSR 2014 Bagi Subjek Science(SJKC) & Mathematics Kertas 1 (SJKC)


PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof memohon maaf kepada murid-murid ibu bapa dan guru yang terbabit dalam insiden kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor.

"Saya telah pun mengarahkan semua guru besar dan guru-guru untuk mengenal pasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid memerlukan," katanya pada sidang media mengenai peperiksaaan semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil di sini sebentar tadi.

Dr Khair berkata, beliau telahpun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September lalu.

Sumber : Berita Harian.

Dibawah ini disertakan jadual baru bagi kedua-dua subjek tersebut.

HARI / TARIKH
MASA
KOD KERTAS
NAMA KERTAS
MASA
JENIS KERTAS
30 September 2014 (Selasa)
08:15 pagi - 10:00 pagi
028
Science(SJKC)
1 jam 45 minit
Objektif Aneka Pilihan dan Subjektif
9 Oktober 2014 (Khamis)
08:15 pagi - 9:15 pagi
025/1
Mathematics Kertas 1 (SJKC)
1 jam
Objektif Aneka Pilihan


KLIK SINI untuk muat turun. (30 September 2014)
KLIK SINI untuk muat turun. (9 Oktober 2014).

0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00