Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Orientasi Murid Prasekolah & Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan 2016


Makluman pada semua ibubapa yang anaknya telah diluluskan penempatan di SJK(C) Pasir Pinji 1 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2016, anda dikehendaki hadir dengan membawa anak ke sekolah pada Hari Orientasi seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 30 Disember 2015
Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Pakaian : 
1. Murid Prasekolah bebas (kemas dan sopan).
2. Murid Tahun 1 memakai pakaian seragam sekolah.

Tentatif program :
1. Pendaftaran murid (sertakan bersama salinan dokumen dan borang berkaitan seperti yang di kehendaki didalam surat).
2. Pembelian pakaian sukan, uniform prasekolah (hanya murid prasekolah) dan buku-buku latihan.
3. Taklimat Peraturan Sekolah, Keselamatan Dalam Sekolah serta mengenali kawasan sekeliling sekolah.
4. Aktiviti suai kenal.
5. Penyampaian cenderahati.

0 komen:

Selamat Datang Guru Besar SJK(C) Pasir Pinji 1 Yang Baharu


SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Guru Besar yang baharu sekolah ini iaitu, En. Seow. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di SJK(C) Khay Beng, Lenggong.

Kami warga kerja sekolah ini amat mengharapkan agar En. Seow akan membantu kami menaikkan lagi mutu akademik ke tahap yang membanggakan. Selamat bertugas diucapkan buat En. Seow. Semoga beliau dapat menjalankan tugas di tempat baru ini dengan sebaiknya.

Nama : En. Seow Chee Yuan.
Gred : PPP Gred DG41.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 16 November 2015.
Sekolah Lama : SJK(C) Khay Beng (ABC7046)

0 komen:

Kenaikan Pangkat Penolong Kanan Pentadbiran

Warga sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pn. Wong Bee Lei di atas kenaikan pangkat sebagai Guru Besar berkuatkuasa 16 November 2015. Beliau akan ditempatkan  di SJK(C) Simpang Tiga, Bagan Datoh.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi inspirasi kepada beliau untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Tahniah!


Nama : Pn. Wong Bee Lei
Gred : PPP GRED DG34 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 16 Oktober 2009
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 16 November 2015
Sekolah Baru : SJK(C) Simpang Tiga, Bagan Datoh (ABC5099)

0 komen:

Murid-Murid Tahun Enam 2015


Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, anda sudah berada pada penghujung tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu Tahun Enam. Sebahagiannya bermula dari peringkat Prasekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam. Daripada anda semua tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah anda dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki. Maka, hari ini merupakan hari terakhir anda menuntut ilmu di SJK(C) Pasir Pinji 1.

Pasti ada diantara anda semua yang begitu hiba untuk berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh anda. Namun demikian, apalah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.

Pada kesempatan ini juga, kami warga sekolah menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan. Dan selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah. 

Semoga anda semua akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa anda serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.


Muaturun Buletin Sekolah Jilid II Tahun 2015 Disini.

0 komen:

Warga Pendidik & Staf Sokongan SJK(C) Pasir Pinji 1 (2015)


Lagi gambar KLIK SINI.

0 komen:

Analisis Keputusan UPSR 2015

Seramai 22 orang calon yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2015 di sekolah ini. Namun, hanya 40.91% pelajar yang lulus daripada jumlah tersebut. GPS bagi sekolah ini pula adalah 2.58.

Disenaraikan peratusan subjek yang lulus bagi ketujuh-tujuh subjek yang diambil:

SUBJEK
PERATUS %
GPMP
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
54.50
2.64
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
86.40
2.41
BAHASA INGGERIS
63.60
3.23
MATEMATIK
100.00
1.82
BAHASA CINA (PEMAHAMAN)
81.80
2.73
BAHASA CINA (PENULISAN)
81.80
2.95
SAINS
90.90
2.32
Berikut adalah calon yang cemerlang :

5A 2B
Chang Wei Hang
Moh Shao Long

5A 1B 1C
Woo Yu Hang

4A 3B
Tan Wing Lam

3A 3B 1C
Loh Tian You

2A 1B 4C
H'ng Jun Yang

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya. Bagi mereka yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Cuba menilai diri sendiri dan pertingkatkan lagi supaya cemerlang suatu hari nanti.



0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00