Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Pertukaran Guru Keluar Sesi Januari 2014


Perkhabaran yang diterima oleh SJK(C) Pasir Pinji 1 bahawa Guru Bahasa Melayu sekolah ini, iaitu Cikgu A’fifah telah mendapat arahan pertukaran ke Sekolah Kebangsaan Kelebang Jaya berkuat kuasa mulai 2 Januari 2014.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang setahun beliau berada di sekolah ini.

Berikut adalah serba sedikit maklumat Cikgu A’fifah.

Nama : Cik A’fifah Binti Abdullah
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 2 Januari 2013
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 2 Januari 2014
Sekolah Baru : SK Seri Kelebang (ABA2073)

Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat beliau untuk mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru. Serangkap pantun untuk beliau dari kami warga SJK(C) Pasir Pinji 1.

Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji di celah daun;
Budi cikgu kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

0 komen:

Pertukaran Guru Masuk Sesi Januari 2014

SJK(C) Pasir Pinji 1 ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada guru yang baru melaporkan diri di sekolah ini iaitu, Pn. Ng Yuen Wan dan Pn. Toy Wan Yoke. Kami, seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah ini. Semoga mereka dapat menjalankan tugas di tempat baru ini dengan sebaiknya. Berikut serba sedikit maklumat guru-guru berkenaan.


Nama : Pn. Ng Yuen Wan
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 1 Januari 2014
Sekolah Lama : SJK(C) Papan (ABC2129)


Nama : Pn. Toy Wan Yoke
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 2 Januari 2014
Sekolah Lama : SJK(C) Kg. Tawas (ABC2121)

0 komen:

Hebahan : Keputusan PMR 2013 diumum 19 Disember 2013


KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
   
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.
   
"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Disember hingga 11.59 malam, 25 Disember," menurut kenyataan itu.
   
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. - Bernama

0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00