Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Peningkatan Peperiksaan Percubaan UPSR 2015

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid Tahun 6 diatas pencapaian tersebut. Penghargaan tersebut telah diberikan oleh pihak PPD Kinta Utara kepada pihak sekolah. Diharapkan, peningkatan ini dapat diteruskan dalam peperiksaan sebenar yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.



0 komen:

Surat Ucapan Dari Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Salam 1 Malaysia. Dibawah ini disertakan surat berikut untuk dipaparkan kepada semua warga sekolah terutamanya bagi murid-murid Tahun 6 Tahun 2015.

Klik gambar untuk besarkan.

0 komen:

Kejohanan Balapan & Padang 2015

Pada 16 Ogos yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Tahunan bagi tahun 2015. 

Acara pada hari itu dimulakan dengan perbarisan tabik hormat oleh murid sekolah kepada VIP-VIP jemputan, dan seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Acara ini telah dirasmikan dengan meriahnya. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh En. Ng Bau Aun iaitu Bendahari Lembaga Pengurus sekolah. Gimik perasmian pada tahun ini adalah dengan melancarkan ‘confetti launcher’ beramai-ramai oleh barisan Lembaga PIBG dan Lembaga Pengurus.

Berbagai acara yang dipersembahkan semasa acara perasmian tersebut. Antaranya adalah, persembahan Karate, Gendang Cina, Persembahan Tarian, dan Senamrobik beramai-ramai.

Sebanyak 25 acara sukan yang dipertandingkan. Ada juga acara yang telah disediakan untuk ibu bapa yang hadir. Acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan yang agak memberangsangkan.

Kejohanan Balapan & Padang ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada rumah sukan yang menjadi Johan keseluruhan dan perbarisan yang menarik. Ucapan perasmian penutup telah dilakukan oleh YDP PIBG, Pn. Woong Kook Fong serta laungan Hip Hip Hoore bagi menandakan berakhir temasya itu untuk kali ini.

Johan    - Rumah Kuning (125 mata)
Naib Johan Bersama - Rumah Hijau & Rumah Biru (106 mata)
Tempat Ke-4   - Rumah Merah (97 mata)

Perbarisan Menarik – Rumah Merah
Olahragawati Tahun 2015 - YAP PAK LING

Pada yang berjaya, diucapkan tahniah, juga pada yang kurang bernasib baik, cuba yang terbaik untuk temasya yang akan datang. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1.









Beberapa lagi keping gambar sudah dimuatnaik di facebook rasmi SJK(C) Pasir Pinji 1.

0 komen:

Terima Kasih Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng

Pada 7 Ogos 2015 Jumaat yang lalu, satu majlis sempena Persaraan Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng telah diadakan. Beliau bersara wajib pada umur 60 tahun pada 9 Ogos 2015. Beliau telah mula bertugas di SJK(C) Pasir Pinji 1, pada 16 September 2011 setelah bertukar dari SJK(C) Man Ming, Gopeng. Walaupun tempoh perkhidmatan di sini agak singkat namun beliau telah berjaya melonjakkan pencapaian UPSR 2013 dengan agak cemerlang. Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

Pada majlis tersebut, ramai rakan-rakan dalam kalangan Guru Besar, ahli Lembaga Pengurus dan ahli Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) telah sudi meluangkan masa untuk memeriahkan majlis. Tidak terkecuali para ibu bapa murid. Para jemputan ditempatkan di Dewan Serbaguna dimana majlis tersebut berlangsung.

Pelbagai acara persembahan telah diadakan bagi menyerikan majlis seperti tarian dari murid prasekolah, tarian murid dari murid tahap 2, serta persembahan nyanyian murid Tahun 2 yang dikhaskan untuk beliau. Pelbagai pihak telah tampil menghulurkan hadiah sebagai ingatan. Sebelum mengakhiri majlis tersebut, semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah. Guru Besar bersalam dengan semua murid dan para jemputan. Majlis itu berakhir dengan perarakan Pn. Chan menaiki kereta berhias. Beliau naik ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah.

Seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 akan sentiasa mengingati sumbangan beliau dan mengucapkan selamat bersara.










Lagi gambar KLIK SINI.

0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00