Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Pergerakan Penolong Kanan Di SJK(C) Pasir Pinji 1


Perkhabaran yang diterima oleh SJK(C) Pasir Pinji 1 bahawa Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini, iaitu Cik Low Lai Kar telah mendapat arahan pertukaran ke SJK(C) Phui Ying, Simpang Pulai berkuat kuasa mulai 16 September 2014. Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 5 tahun beliau berada di sekolah ini. Berikut adalah serba sedikit maklumat Cik Low Lai Kar.

Nama : Cik Low Lai Kar
Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran PPP Gred DG34 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 16 Oktober 2009
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 16 September 2014
Sekolah Baru : SJK(C) Phui Ying, Simpang Pulai (ABC2143)

Semoga perpindahan ini lebih melonjakkan semangat beliau untuk mendidik murid-murid menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Selamat bertugas di tempat baru. Serangkap pantun untuk beliau dari kami warga SJK(C) Pasir Pinji 1.

Manis rasanya buah delima,
Masak sebiji di celah daun;
Budi cikgu kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.


Manakala Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SJK(C) Pasir Pinji 1, iaitu Pn. Wong Bee Lei telah dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang baru bagi SJK(C) Pasir Pinji 1 mulai 16 September 2014. Tahniah diucapkan dari kami warga sekolah. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menaikkan semangat beliau untuk terus mentadbir sekolah ini dengan cemerlang.


SJK(C) Pasir Pinji 1 juga ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang baru melaporkan diri di sekolah ini iaitu, Pn. Chow Choy Luen. Kami, seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 mengalu-alukan kedatangan beliau ke sekolah ini dan semoga dapat menjalankan tugas di tempat baru ini dengan sebaiknya. Berikut serba sedikit maklumat guru berkenaan.



Nama : Pn. Chow Choy Luen
Jawatan : Penolong Kanan HEM PPP Gred DG41 (KUP)
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 16 September 2014
Sekolah Lama : SJK(C) Chung Sun, Tronoh (ABC2133)

0 komen:

Tarikh Ulangan UPSR 2014 Bagi Subjek Science(SJKC) & Mathematics Kertas 1 (SJKC)


PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof memohon maaf kepada murid-murid ibu bapa dan guru yang terbabit dalam insiden kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor.

"Saya telah pun mengarahkan semua guru besar dan guru-guru untuk mengenal pasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid memerlukan," katanya pada sidang media mengenai peperiksaaan semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil di sini sebentar tadi.

Dr Khair berkata, beliau telahpun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September lalu.

Sumber : Berita Harian.

Dibawah ini disertakan jadual baru bagi kedua-dua subjek tersebut.

HARI / TARIKH
MASA
KOD KERTAS
NAMA KERTAS
MASA
JENIS KERTAS
30 September 2014 (Selasa)
08:15 pagi - 10:00 pagi
028
Science(SJKC)
1 jam 45 minit
Objektif Aneka Pilihan dan Subjektif
9 Oktober 2014 (Khamis)
08:15 pagi - 9:15 pagi
025/1
Mathematics Kertas 1 (SJKC)
1 jam
Objektif Aneka Pilihan


KLIK SINI untuk muat turun. (30 September 2014)
KLIK SINI untuk muat turun. (9 Oktober 2014).

0 komen:

Sambutan Hari Kemerdekaan SJK(C) Pasir Pinji 1 Tahun 2014

Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.

SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan pada 29 Ogos 2014 (Jumaat). Sambutan dimulakan dengan aktiviti ‘Fesyen Show’ yang melibatkan guru serta murid membuat rekaan pakaian bertemakan kemerdekaan. Bermacam ragam peserta yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Setelah selesai, aktivti seterusnya adalah ‘Catwalk’. Acara ini adalah aktiviti memperagakan pakaian-pakaian yang telah dibuat semasa aktiviti ‘Fesyen Show’. Setelah selesai, cenderahati telah diberi bagi pakaian terbaik.

Majlis sambutan kemerdekaan diteruskan dengan  ucapan oleh Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng yang seterusnya merasmikan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah tahun ini. Tema Kemerdekaan bagi tahun 2014 ini adalah, Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta (KLIK SINI untuk info berkenaan tema kemerdekaan). Selepas berakhirnya ucapan Guru Besar, murid-murid telah diberi soalan-soalan mengenai kemerdekaan secara spontan oleh guru. Ramai murid yang berjaya menjawab soalan-soalan tersebut, dan sebagai balasannya, mereka telah diberi cenderahati daripada pihak sekolah.

Sebagai mengakhiri sambutan Hari Merdeka, murid-murid dan warga sekolah mengibarkan Jalur Gemilang  sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti Tanggal 31, Satu Malaysia dan Jalur Gemilang serta laungan Merdeka sebanyak 7 kali. Murid-murid gembira dan bangga apabila mendengar lagu berkumandang di udara. Perasaan kasih dan cintakan negara tertanam dalam jiwa murid-murid.









Lagi gambar KLIK SINI.

0 komen:

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014M / 1435H Peringkat Sekolah

Pada 25 Ogos 2014 (Isnin), telah diadakan jamuan raya bagi staf guru dan staf sokongan yang telah dianjurkan oleh Kelab Guru & Staf SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh. Jamuan tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi dan berlangsung selama sejam. Antara menu raya yang telah disediakan pihak katering pada pagi tersebut adalah lemang, nasi impit, laksa serta sate bagi mewujudkan suasana raya pada pagi itu.

Diharap, acara seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua staf yang terlibat bagi menjayakan jamuan tersebut. Berikut adalah beberapa keping gambar semasa jamuan tersebut diadakan.












0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00