Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Penolong Kanan Kokurikulum Baharu Tahun 2016

SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu sekolah ini iaitu, Pn. Huah. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SJK(C) Hwa Min.

Kami mengalu-alukan kedatangan guru. Semoga beliau dapat menjalankan tugas disekolah ini dengan sebaiknya. Serba sedikit maklumat mengenai Pn. Huah.



Nama : Pn. Huah Hoon Yen.
Gred : PPP Gred DG32.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 16 Disember 2015.
Sekolah Lama : SJK(C) Hwa Min, Temoh (ABC0051)

0 komen:

Pertukaran Setara Guru Penolong Kanan


Warga sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pn. Chow dan Pn. Ivy di atas kenaikan pangkat masing-masing sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berkuatkuasa 16 Disember 2015. Mereka juga masih dikekalkan disekolah ini.

Kami warga kerja sekolah ini amat mengharapkan agar mereka akan membantu bagi menaikkan lagi mutu akademik ke tahap yang membanggakan. Selamat bertugas diucapkan. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.


Nama : Pn. Chow Choy Luen.
Gred : PPP Gred DG41.
Jawatan Terdahulu : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Jawatan Sekarang : Penolong Kanan Pentadbiran.
Tarikh Kuatkuasa Kenaikan Pangkat : 16 Disember 2015.


Nama : Pn. Ivy Chew.
Gred : PPP Gred DG32.
Jawatan Terdahulu : Penolong Kanan Kokurikulum.
Jawatan Sekarang : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Tarikh Kuatkuasa Kenaikan Pangkat : 16 Disember 2015.

0 komen:

Guru Agama Baharu SJK(C) Pasir Pinji 1


SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Guru Agama yang baharu sekolah ini iaitu, En. Muhammad Salleh. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Agama di SK Kuala Pari.

Kami mengalu-alukan kedatangan Ustaz. Semoga beliau dapat menjalankan tugas disekolah ini dengan sebaiknya. Serba sedikit maklumat mengenai Ustaz.

Nama : En. Muhammad Salleh Bin Shihabuddin.
Gred : PPP Gred DG42.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 1 Disember 2015.
Sekolah Lama : SK Kuala Pari, Menglembu (ABA2015)

0 komen:

Jadual Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Perak Tahun 2016


HARI KELEPASAN AM
HARI
TARIKH
Tahun Baharu 2016
Jumaat
1 Januari
Hari Thaipusam
Ahad
24 Januari
Tahun Baru Cina
Isnin
8 Februari
Tahun Baru Cina
Selasa
9 Februari
Hari Pekerja
Ahad
1 Mei
Hari Wesak
Sabtu
21 Mei
Keputeraan YDP Agong
Sabtu
4 Jun
Nuzul Al-Quran
Rabu
22 Jun
Hari Raya Puasa/ Aidilfitri
Rabu
6 Julai
Hari Raya Puasa/ Aidilfitri (Hari Kedua)
Khamis
7 Julai
Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan
Rabu
31 Ogos
Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha
Isnin
12 September
Hari Malaysia
Jumaat
16 September
Awal Muharram (Maal Hijrah)
Ahad
2 Oktober
Hari Deepavali
Sabtu
29 Oktober
Keputeraan Sultan Perak
Ahad
27 November
Maulidur Rasul
Isnin
12 Disember
Hari Krismas
Ahad
25 Disember

Catatan :

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain

Nota: Tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa dan jika terdapat perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera.

*Takwim Cuti Sekolah Tahun 2016 KLIK SINI.

0 komen:

Orientasi Murid Prasekolah & Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan 2016


Makluman pada semua ibubapa yang anaknya telah diluluskan penempatan di SJK(C) Pasir Pinji 1 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2016, anda dikehendaki hadir dengan membawa anak ke sekolah pada Hari Orientasi seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 30 Disember 2015
Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Pakaian : 
1. Murid Prasekolah bebas (kemas dan sopan).
2. Murid Tahun 1 memakai pakaian seragam sekolah.

Tentatif program :
1. Pendaftaran murid (sertakan bersama salinan dokumen dan borang berkaitan seperti yang di kehendaki didalam surat).
2. Pembelian pakaian sukan, uniform prasekolah (hanya murid prasekolah) dan buku-buku latihan.
3. Taklimat Peraturan Sekolah, Keselamatan Dalam Sekolah serta mengenali kawasan sekeliling sekolah.
4. Aktiviti suai kenal.
5. Penyampaian cenderahati.

0 komen:

Selamat Datang Guru Besar SJK(C) Pasir Pinji 1 Yang Baharu


SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh ingin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Guru Besar yang baharu sekolah ini iaitu, En. Seow. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Guru Besar di SJK(C) Khay Beng, Lenggong.

Kami warga kerja sekolah ini amat mengharapkan agar En. Seow akan membantu kami menaikkan lagi mutu akademik ke tahap yang membanggakan. Selamat bertugas diucapkan buat En. Seow. Semoga beliau dapat menjalankan tugas di tempat baru ini dengan sebaiknya.

Nama : En. Seow Chee Yuan.
Gred : PPP Gred DG41.
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran Ke Sekolah Ini : 16 November 2015.
Sekolah Lama : SJK(C) Khay Beng (ABC7046)

0 komen:

Kenaikan Pangkat Penolong Kanan Pentadbiran

Warga sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Pn. Wong Bee Lei di atas kenaikan pangkat sebagai Guru Besar berkuatkuasa 16 November 2015. Beliau akan ditempatkan  di SJK(C) Simpang Tiga, Bagan Datoh.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi inspirasi kepada beliau untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Tahniah!


Nama : Pn. Wong Bee Lei
Gred : PPP GRED DG34 (KUP)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 16 Oktober 2009
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 16 November 2015
Sekolah Baru : SJK(C) Simpang Tiga, Bagan Datoh (ABC5099)

0 komen:

Murid-Murid Tahun Enam 2015


Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh enam tahun dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, anda sudah berada pada penghujung tahun terakhir di sekolah rendah, iaitu Tahun Enam. Sebahagiannya bermula dari peringkat Prasekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam. Daripada anda semua tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah anda dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki. Maka, hari ini merupakan hari terakhir anda menuntut ilmu di SJK(C) Pasir Pinji 1.

Pasti ada diantara anda semua yang begitu hiba untuk berpisah dengan guru-guru yang amat dedikasi dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh anda. Namun demikian, apalah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setiap pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, walaupun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan hadir.

Pada kesempatan ini juga, kami warga sekolah menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan. Dan selamat menempuh alam sekolah menengah yang tentu jauh bezanya dengan budaya di sekolah rendah. 

Semoga anda semua akan terus membina kecemerlangan dan terus berbakti kepada ibu bapa anda serta masyarakat dan negara. Gunakanlah segala ilmu yang telah guru-guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa dengan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.


Muaturun Buletin Sekolah Jilid II Tahun 2015 Disini.

0 komen:

Warga Pendidik & Staf Sokongan SJK(C) Pasir Pinji 1 (2015)


Lagi gambar KLIK SINI.

0 komen:

Analisis Keputusan UPSR 2015

Seramai 22 orang calon yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2015 di sekolah ini. Namun, hanya 40.91% pelajar yang lulus daripada jumlah tersebut. GPS bagi sekolah ini pula adalah 2.58.

Disenaraikan peratusan subjek yang lulus bagi ketujuh-tujuh subjek yang diambil:

SUBJEK
PERATUS %
GPMP
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
54.50
2.64
BAHASA MELAYU (PENULISAN)
86.40
2.41
BAHASA INGGERIS
63.60
3.23
MATEMATIK
100.00
1.82
BAHASA CINA (PEMAHAMAN)
81.80
2.73
BAHASA CINA (PENULISAN)
81.80
2.95
SAINS
90.90
2.32
Berikut adalah calon yang cemerlang :

5A 2B
Chang Wei Hang
Moh Shao Long

5A 1B 1C
Woo Yu Hang

4A 3B
Tan Wing Lam

3A 3B 1C
Loh Tian You

2A 1B 4C
H'ng Jun Yang

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya. Bagi mereka yang kurang berjaya, jangan mudah berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Cuba menilai diri sendiri dan pertingkatkan lagi supaya cemerlang suatu hari nanti.



0 komen:

Takwim Sekolah Sesi 2016



Salam Sejahtera,

Takwim Sekolah bagi Sesi 2016 boleh dimuat-turun di sini.

Harap maklum.

0 komen:

Peningkatan Peperiksaan Percubaan UPSR 2015

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid Tahun 6 diatas pencapaian tersebut. Penghargaan tersebut telah diberikan oleh pihak PPD Kinta Utara kepada pihak sekolah. Diharapkan, peningkatan ini dapat diteruskan dalam peperiksaan sebenar yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.



0 komen:

Surat Ucapan Dari Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Salam 1 Malaysia. Dibawah ini disertakan surat berikut untuk dipaparkan kepada semua warga sekolah terutamanya bagi murid-murid Tahun 6 Tahun 2015.

Klik gambar untuk besarkan.

0 komen:

Kejohanan Balapan & Padang 2015

Pada 16 Ogos yang lalu, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Tahunan bagi tahun 2015. 

Acara pada hari itu dimulakan dengan perbarisan tabik hormat oleh murid sekolah kepada VIP-VIP jemputan, dan seterusnya bacaan ikrar kejohanan. Acara ini telah dirasmikan dengan meriahnya. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh En. Ng Bau Aun iaitu Bendahari Lembaga Pengurus sekolah. Gimik perasmian pada tahun ini adalah dengan melancarkan ‘confetti launcher’ beramai-ramai oleh barisan Lembaga PIBG dan Lembaga Pengurus.

Berbagai acara yang dipersembahkan semasa acara perasmian tersebut. Antaranya adalah, persembahan Karate, Gendang Cina, Persembahan Tarian, dan Senamrobik beramai-ramai.

Sebanyak 25 acara sukan yang dipertandingkan. Ada juga acara yang telah disediakan untuk ibu bapa yang hadir. Acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan yang agak memberangsangkan.

Kejohanan Balapan & Padang ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada rumah sukan yang menjadi Johan keseluruhan dan perbarisan yang menarik. Ucapan perasmian penutup telah dilakukan oleh YDP PIBG, Pn. Woong Kook Fong serta laungan Hip Hip Hoore bagi menandakan berakhir temasya itu untuk kali ini.

Johan    - Rumah Kuning (125 mata)
Naib Johan Bersama - Rumah Hijau & Rumah Biru (106 mata)
Tempat Ke-4   - Rumah Merah (97 mata)

Perbarisan Menarik – Rumah Merah
Olahragawati Tahun 2015 - YAP PAK LING

Pada yang berjaya, diucapkan tahniah, juga pada yang kurang bernasib baik, cuba yang terbaik untuk temasya yang akan datang. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan para pengunjung blog SJK(C) Pasir Pinji 1.









Beberapa lagi keping gambar sudah dimuatnaik di facebook rasmi SJK(C) Pasir Pinji 1.

0 komen:

Terima Kasih Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng

Pada 7 Ogos 2015 Jumaat yang lalu, satu majlis sempena Persaraan Guru Besar, Pn. Chan Yoke Kheng telah diadakan. Beliau bersara wajib pada umur 60 tahun pada 9 Ogos 2015. Beliau telah mula bertugas di SJK(C) Pasir Pinji 1, pada 16 September 2011 setelah bertukar dari SJK(C) Man Ming, Gopeng. Walaupun tempoh perkhidmatan di sini agak singkat namun beliau telah berjaya melonjakkan pencapaian UPSR 2013 dengan agak cemerlang. Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

Pada majlis tersebut, ramai rakan-rakan dalam kalangan Guru Besar, ahli Lembaga Pengurus dan ahli Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) telah sudi meluangkan masa untuk memeriahkan majlis. Tidak terkecuali para ibu bapa murid. Para jemputan ditempatkan di Dewan Serbaguna dimana majlis tersebut berlangsung.

Pelbagai acara persembahan telah diadakan bagi menyerikan majlis seperti tarian dari murid prasekolah, tarian murid dari murid tahap 2, serta persembahan nyanyian murid Tahun 2 yang dikhaskan untuk beliau. Pelbagai pihak telah tampil menghulurkan hadiah sebagai ingatan. Sebelum mengakhiri majlis tersebut, semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah. Guru Besar bersalam dengan semua murid dan para jemputan. Majlis itu berakhir dengan perarakan Pn. Chan menaiki kereta berhias. Beliau naik ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah.

Seluruh warga SJK(C) Pasir Pinji 1 akan sentiasa mengingati sumbangan beliau dan mengucapkan selamat bersara.










Lagi gambar KLIK SINI.

0 komen:

Tema Hari Kebangsaan 2015


Bersama Semarakkan Semangat Cintakan Malaysia

#SehatiSejiwa adalah cerminan ruh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia negara tercinta. Kesenadaan #SehatiSejiwa setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatukan kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran. Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 bertemakan #SehatiSejiwa mampu menggerak dan menyemarakkan perasaan kasih dan sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. #Sehatisejiwa adalah titian hubungan - yang jauh didekat, ukhuwah dipererat. Selamanya…

Siaran berita.

KUALA LUMPUR - #sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.  
    
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tema itu dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini.
    
"Misalnya, gempa bumi di Sabah dan bencana alam seperti banjir besar yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung baru-baru ini turut dirasai dan terkena tempiasnya oleh seluruh rakyat Malaysia.
    
Perasaan ini seharusnya dirasai bersama. Sebab itulah tema #sehatisejiwa dipilih bagi melambangkan semangat kesepaduan tersebut yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada," katanya ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, hari ini.
    
Ahmad Shabery berkata mulai tahun ini, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun.
    
"Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya pada 16 September, dan 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja," katanya.
    
Pada majlis itu, turut diperkenalkan barangan sempena Hari Kebangsaan untuk jualan kepada orang ramai sebagai cenderahati.
    
Selain itu, Ahmad Shabery turut membuat pelepasan konvoi Eksplorasi #sehatisejiwa yang melibatkan dua buah kenderaan Jabatan Penerangan, 10 buah kereta Proton terdiri daripada pelbagai model, 20 motosikal berkuasa besar dan sebuah lori yang bakal menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
    
Pelbagai aktiviti diadakan seawal pukul 8 pagi tadi sempena prapelancaran itu bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2015. - Bernama


0 komen:

Frog VLE Mempertingkatkan Pengajaran dan Pembelajaran

Di bawah 1BestariNet, projek seluruh negara yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan YTL, setiap ibu bapa, pelajar dan guru dibekalkan dengan ID yang memberikan mereka akses kepada pelbagai alatan yang dapat menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Berikut adalah jadual waktu bagi setiap kelas. Pastikan anda semua tidak terlepas untuk merasai pembelajaran abad ke-21 ini.



Melengkapi bakal pemimpin Malaysia dengan teknologi pembelajaran terbaik.

Menyediakan capaian internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi ke sekolah -sekolah di seluruh Malaysia.

Memberi peluang kepada semua murid menikmati pendidikan bertaraf dunia.

Setiap murid perlu diberi kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia berteknologi canggih masa kini.

Pendidikan melangkaui batas kebiasaan.Kaedah pembelajaran ‘cloud’ membolehkan pengajaran dan pembelajaran pada bila-bila masa dan dimana-mana jua.

Usahasama ke arah mengubah pendidikan melalui Internet berkelajuan tinggi.

Kementerian pendidikan bekerjasama dengan YTL Communications melengkapi sekolah-sekolah dengan teknologi terkini.

0 komen:

Jadual Waktu Peperiksaan Pra UPSR Tahun 2015


Berikut merupakan jadual waktu peperiksaan tersebut. Murid-murid juga boleh muat turun jadual tersebut pada pautan yang disediakan dibawah. Diharap semua murid dapat bersedia dan melakukan ulangkaji sebelum tibanya hari peperiksaan nanti.

Jadual Waktu Peperiksaan Pra UPSR 1/2015

TARIKH
WAKTU
SUBJEK
13.07.2015
8:30 pagi – 9:20 pagi
Bahasa Melayu (Pemahaman)
10:10 pagi – 11:25 pagi
Bahasa Melayu (Penulisan)
11:40 pagi – 12:20 t/hari
Matematik (Kertas 2)
14.07.2015
8:10 pagi – 9:10 pagi
Matematik (Kertas 1)
10:10 pagi – 11:00 pagi
Bahasa Cina (Pemahaman)
11:10 pagi – 12:25 t/hari
Bahasa Cina (Penulisan)
15.07.2015
8:10 pagi – 9:25 pagi
Sains
10:10 pagi – 11:00 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
11:10 pagi – 12:25 t/hari
Bahasa Inggeris (Kertas 2)

Jadual Waktu Peperiksaan Pra UPSR 2/2015

TARIKH
WAKTU
SUBJEK
12.08.2015
8:10 pagi – 9:00 pagi
Bahasa Melayu (Pemahaman)
10:10 pagi – 11:25 pagi
Bahasa Melayu (Penulisan)
11:40 pagi – 12:20 t/hari
Matematik (Kertas 2)
13.08.2015
8:10 pagi – 9:10 pagi
Matematik (Kertas 1)
10:10 pagi – 11:00 pagi
Bahasa Cina (Pemahaman)
11:10 pagi – 12:25 t/hari
Bahasa Cina (Penulisan)
14.08.2015
8:10 pagi – 9:25 pagi
Sains
10:10 pagi – 11:00 pagi
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
11:10 pagi – 12:25 t/hari
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
KLIK SINI untuk muat turun jadual waktu.

0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00