Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Pertukaran Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19

Berita mengenai pertukaran Pembantu Tadbir (P/O) iaitu En. Rafee telah diketahui seawal bulan Oktober tempoh hari. Beliau akan ditempatkan di SJK(C) Hua Lian 1, Taiping.

En. Rafee telah berkhidmat di sekolah ini lebih 5 tahun. Terlalu banyak kenangan suka duka beliau sepanjang 5 tahun di sekolah ini. Pada pandangan kami, beliau merupakan Pembantu Tadbir yang sangat berpengalaman. Tidak lokek idea dan sentiasa berkongsi dengan staf yang lain. Ketiadaan beliau nanti, pasti amat dirasai oleh kami.

Kami di SJK(C) Pasir Pinji mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang 5 tahun beliau berada di sekolah ini. Semoga dengan perpindahan ini akan memberi inspirasi kepada beliau untuk terus berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Selamat bertugas di tempat baru.


Nama : En. Mohd Rafee Bin Abdul Mot Talip
Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O) (N19)
Tarikh Mula Berkhidmat Di Sekolah Ini : 18 April 2011
Tarikh Berkuatkuasa Pertukaran : 4 Oktober 2016
Sekolah Baru : Sekolah Jenis Kebangsaan Hua Lian 1, Taiping (ABC6074)

0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00