Emelkan Sebarang Pertanyaan Ke: ABC2109@moe.edu.my

Sambutan Hari Kebangsaan SJK(C) Pasir Pinji 1 Tahun 2016


Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.

Pada 30 Ogos 2016, SJK(C) Pasir Pinji 1 telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah di Dewan Serbaguna. Sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan Hari Kebangsaan Tahun 2016.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas dan pada tahun ini agak berbeza apabila ia tidak menyebut ulang tahun kali ke berapa namun hanya disebut secara umum iaitu Hari Kebangsaan 2016.

Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri Perak, lagu Perak Excellent dan lagu sekolah. Dan seterusnya ucapan dari Guru Besar, En. Seow. Selesai sahaja ucapan tersebut adalah persembahan daripada murid sekolah.

Selesai sahaja persembahan tersebut, nyanyian beramai-ramai lagu Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan lagu tema Sehati Sejiwa. Sambutan kali ini diserikan dengan soalan kuiz terbuka untuk murid. Murid yang berjaya menjawab soalan tersebut, mendapat cenderahati daripada pihak sekolah.

Sebagai penutup sambutan pada kali ini, laungan Merdeka sebanyak 7 kali telah diketuai oleh Ustaz Salleh. Diharap sambutan pada tahun ini dapat menaikkan semangat patriotik dikalangan setiap murid dan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga mereka dewasa kelak.
























0 komen:

Penafian

Pihak SJK(C) Pasir Pinji 1, Ipoh tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.



Notis Hak cipta

Semua Hakcipta Terpelihara. Sebarang salinan perlu mendapat keizinan dari pihak sekolah.

Hubungi Kami

SJK(C) Pasir Pinji 1,
Jalan Padang, Pasir Pinji,
31650 Ipoh,Perak.
Emel : abc2109@1bestarinet.yes.my
Telefon / Faks : +6053211735

Waktu Pejabat
Isnin-Khamis
08:00 - 13:00 & 14:00 - 17:00
Jumaat
08:00 - 12:15 & 14:45 - 17:00